Assalamualaikum dan Selamat Pagi Rabu kepada korang semua yang sudi singgah sini.Hari ni aku bersarapan sup telur,buat malam tadi tapi penat sangat dan lupa makan.huhu.Takpe,kita buat bekal datang keje.
Okey..ni nak cerita,dalam entri semalam-sembang bersama jiran,ada satu komen yang buat aku tertarik.aku suka baca komen korang tapi minta maaf sebab adakalanya aku tak reply komen tu.Bukan sombong tapi tak tahu nak reply macam mana.Okey ini dia komen tu..(baru je kenal blog ni)
Okey..ni nak cerita,dalam entri semalam-sembang bersama jiran,ada satu komen yang buat aku tertarik.aku suka baca komen korang tapi minta maaf sebab adakalanya aku tak reply komen tu.Bukan sombong tapi tak tahu nak reply macam mana.Okey ini dia komen tu..(baru je kenal blog ni)
dah lama aku perhatikan benda ni dan aku selalu rasa macam kena dengan diri aku (ini kisah pengalaman aku..lain orang,lain cerita).Komennya 'petuanya msti check anak sulung bagi cemerlang dulu.insyaAllah yg lain akan ikut jejak.insyaAllah'
Bukan mudah jadi anak sulung..orang kata besar tanggungjawabnya.Aku anak sulung dan bertemu jodoh pun dengan anak sulung juga(aku anak sulung 6 beradik,en abe pun anak sulung 6 beradik jugak).Dulu2 masa aku budak dan akalnya pendek,aku selalu berangan untuk ada abang@kakak.Pernah buat 'cerita pendek' sebelum tido macam mana kalau aku ada abang@kakak.hehe 'eh kamu,jangan buli kita.nanti kita bagitau abang kita suh pukul kamu'.eh sori,aku kecek kelate so dialog itu adalah selepas di terjemah.wakakaka
Selalu aku perhati,kalau anak sulung masuk U,adik2nya ramai akan ikut jejak.Kalau anak sulung keje kilang,ramailah adik2nya lepas tu ikut jejak keje kilang.Kat kampung aku ramai kawan-kawan sekolah jadi misi (lepas Spm mintak jadi misi) maka adik2nya lepas sorang2 masuk kolej kejururawatan jadi misi macam kakaknya juga.
Kadang2 pernah terdetik dalam hati 'nyesal tak belajar betul2 masa sekolah.kalau tak,mesti dapat masuk U.disebabkan aku tak masuk U,adik2 aku pun sama tak masuk U'maksud aku masuk U lepas tamat Spm,bukan yang masuk U lepas dah kerja dan belajar sendiri.Itu lain cerita.Walaupun dalam kes en abe,adik2nya masuk U jugak walaupun abangnya tidak.Apapun bersyukur sebab semuanya berjaya jadi orang.hehe.Alasan kan?zaman sekarang ni rajin ngan malas je..bersepah orang masuk U,kerja sambil belajar.
Sebenarnya itu cuma kebetulan,tapi banyaknya macam tu la.Bila anak sulung berjaya ke U,adik2 ada semangat nak ikut jejak kakak/abang mereka ke menara gading.Orang kata 'anak sulung ibarat perintis jalan' @ ayat senang paham 'anak sulung tebas jalan untuk adik2 terus melangkah'.Besar harapan aku semoga kakak menjadi contoh yang baik untuk adik2nya.Itu doa seorang ibu moga Allah perkenankan doa ku itu.
Okey itu je nak cerita,nak kongsi cerita korang sila ke kotak komen ;)
Comments
Tapi zaman sektg kak zar perhatikan klu anak sulung lelaki.. manja kemain.. semua hal dia org lain uruskan.. so dia membuli adik adik.. nukan semua tp kebanyakan nyer. Tapi kak zar ank sorang dialah sulung dialah bongsu.. kami sll tekankan pada dia.. buruk naik dia kena usaha sendiri dan dia yg akan tentukan bench mark.. tak ada org lain dah..
Ade anak sulung yg cemerlang, tp adik2 tak ikut. Ada anak sulung tak blaja abis. Tapi adik2 seme masuk U. Mmmm...
mungkin ya mungkin tidak bergantung kepada individu tu sendiri..
apapun usaha tu tangga kejayaan... nak berjaya cepat, sila guna lif...ha ha ha... kalau nak berjaya kat office, sila guna aircond 4 horsepower...
peace!
berjaya atau gagal dalam kehidupan tidak semestinya diukur dr sudut material...
abg long aku tak sekolah tinggi pun tapi adik-adiknya alhamdulillah berjaya
Saya kena rintis jalan jugak ke? ....ngeeee