Skip to main content

Alasan Bila Kantoi

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Kengkawan..Moga Isnin yang ceria untuk kita semua ye.

Pagi ni curi idea dari HotFm,tajuknya 'alasan untuk cover bila kantoi'.macam2 la komen pemanggil yang sudi berkongsi cerita.Antara yang aku sempat dengar ialah:

1-kecik2 dulu kantoi curi makan buah limau masa bulan posa.dan alasannya bila dah kantoi 'bukan kita yang makan.cat (kucing) yang makan' walaupun dah sah2 mulut ada bau buah limau dan kulit limau bertaburan.pandai 'cat' kopek kulit limau ye..

#okey..aku gelak,rasanya ramai ada kisah lucu kantoi tak puasa zaman bebudak.eh!ada ke?

2-pemanggil wanita berkongsi cerita,boyfriend dia kantoi berwhatsapp dengan makwe pakciknya sendiri,siap bersayang-sayang lagi tapi bagi alasan 'takde apa2 pun.whatsapp je'

#ala..baru boyfriend je pun.tak payah sedih sangat,masih sempat nak cari orang lain

3-pemanggil wanita juga (senang citer bab kongsi citer kat radio ni,ramai pemanggil wanita.lelaki malu kot nak buka pekung sendiri).katanya 'suami saya kantoi kononnya bekerja,tapi bila saya call opis dah 2 hari dia bercuti.bila call suami sendiri katanya 'saya keje,tak percaya datanglah opis' tapi bila saya kepejabat dia,suami kata tengah meeting.lambat sikit baru boleh turun.bila saya kata 'dah lama tunggu ni,kalau tak boleh turun,takpe..saya naik' terus suami kata..'jangan naik.kita jumpa kat luar'ai..dah macam drama HangTuah dan HangJebat la pulak 'hei Jebat,kalau berani turunlah.kalau ko tak turun,aku naik'hehe

#kalau takde anak,boleh la blah cik kak oi,mana tahu akan jumpa cinta lain diluar sana.tapi kalau ada anak..takleh nak buat apa dah.bertabahlah dan teruskan berdoa moga suami itu diberi petunjuk sebelum terlambat.

hebat kan 'permainan kata-kata' bila dah kantoi.buat salah itu satu hal.menipu pulak lagi.yang buat salah mungkin tak rasa apa (seronok dan rasa bangga kot) tapi yang ditipu itu pastinya rasa macam di gelek steamroll.

kasi gelek sampai leper seperti lempeng
korang penah kantoi?
bila?
kenapa?
dan mengapa?

saja la kot nak kongsi cerita

#aku pernah kantoi..borak sakan2 dalam telefon sekali rupanya salah orang.malunya saya *_*
daaa...

Comments

HeNRieTTa JoSe said…
ekekeke....mmg mcm mcm alasan kan....
Kakcik Seroja said…
Bila dah kantoi, ligat je otak mencari alasan...
NinaAz said…
Wahhh. Aku pernah kantoi. Nak send sms kat pakwe yang skg dh jadi husben aku tp tersend kat kawan dia. Mak aiii. Malu seyhhh. Dhla ayat jiwang. Pffftttt..
lupekanje said…
so.. dah salah org..apa jawab nak cover? heheh...accik pernah slh org gitu. cover dgn peramahnya..kita blh berkenalan dan berkawan..hehe..pdhal..alangkah malunya...
Haih, scary ouh cite psl kantoi bile dah pas kawen ni.
NenetPenne (NP) said…
mmm dah mcm2 alami... malas nak ungkit citer lama...

irfa tahu kan? :)
izawani said…
Akak pernah kantoii... hehehe... syyysssyyy...
MOKCIK AZWA said…
pernah kantoi tapi kes kecil2an la takde sampai yg menjejaskan hubungan rumahtangga atau sewaktu dengannya hehehe..

contohnya ada kawan lain ajak makan, kata dah makan tup2 terserempak dgn kawan tu kat kedai makan dengan kawan lain hehehe..
Dr K said…
kah kah kah..camane pulak boleh sakan berborak tu walhal salah org nya....takpe...dlm fon aja, tak nampak muka...hahaha
Acik Erna said…
bila dah kantoi ni..rasa setahun malu tak hilang kan he he
-Sara- said…
hehe, saya pon layan hot fm pagi tadi, senyum2 sorg sambil drive..haha
emarieys said…
ada dengar juga masa drive ke tempat kerja..kantoi punya hal...macam-macam
Nieda Ramly said…
kesian kish isteri yg dikantoi suaminya tu...
Irfa said…
#rietta..
alasan nak hidup katanya ;)

#kakcik..
kalau dah biasa buat,lagi hebat alasannya..memang tak terkesan akan penipuannya.takpela..dunia ni dia yang punya

#ninaAz..
kalau gitu,saya pun malu..oh penah juga,terus rampas hp org itu untuk delete sms,itu nasib baik sbb duk sebelah je ;)

#acik..
kes tu?saya terus letak telefon sebab gelabah.hahaha

#fara..
sesapa pun bila dah kawin sangatlah phobia kalau kena tipu,nak pulak kalau dgn pasangan sendiri.mintak jauhla..setakat kapel2 tu rasanya masih ada jalan keluar

#kak net..
emm tahu sikit2 ;)

#kak izawani..
ada ker?hehe

#kak azwa..
kantoi mcam tu rasanya dosa ringan kot.hahaha

#DZ..
itulah pasal..suara sebijik sebijan
malu sedekad

#kak erna..
rendam klorox pun tak hilang ;)

#sara..
ragam manusia ni macam2
itulah kehidupan ;)

#ema..
hotFm ni mmg suka buat tajuk panas
saya menarik orang call

#kak nieda..
mmg kesian kak tapi pemanggil tu boleh pulak gelak2 pastu cakap 'lantak lah dia'bila dj tanya 'apa jadi sekarang?dia boleh jawab 'entah,saya pun dah 4 ari tak balik rumah'
sweetie said…
Saya tak ingat..... ada ke tidak terkantoi...
Lady Windsor said…
kalau lelaki macam tu, mereka adalah lelaki mulut puaka cam cel...haa kan dah maki tu..errr sorry ini blog irfa..ter emo plak..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t