Skip to main content

Gemuk=Cerah,Kurus=Gelap?

Ye,aku paham.tajuk adalah sedikit pelik.Kisahnya..ada kawan tegur kenapa aku makan sikit sangat.

+ Dia
= Aku

+ la sikitnya ko makan,diet ek?
(aku paling tak suka orang tegur apa yang aku makan dan kaitannya dengan aku diet@ tidak.ee sibuk aje)

=takdelah.tadi bekfes dah makan berat.kenyang lagi
(see..aku memang jaga hati orang.sebaik mungkin taknak orang sentap.masuk lif tekan sendiri)

+ko jangan diet sangat.sedang elok la macam ni.kalau kurus sangat nanti.ko nampak gelap

=apa maksud akak ni?tak paham la

+dulu aku tak kenal ko.bila tengok gambar lama ko baru akak perasan.sebab dulu ko gelap sikit.mungkin sebab masa tu ko kurus.sekarang cerah sebab dah berisi sikit

=erk..boleh pulak gitu.kalau dah gelap tu gelaplah.takkan dah berisi jadi putih pulak kot

selepas itu bla bla bla..dia masih menerangkan fakta yang aku tak pasti kesahihannya.Tapi aku dah lupa apa dia cakap sebab sibuk menghadam makanan depan mata.Ustazah aku pesan 'tak baik bercakap masa makan'

ye ke kalau kurus nanti kulit jadi gelap.ker cerah sebab kulit menegang?eh tak pahamlah (konon macam taknak ambik pot tapi hati meronta2 inginkan jawapan)

Comments

NenetPenne (NP) said…
dulu ahnita sarawak gelap tapi sejak dia dok obersea, kulit dia jadi putih melepak...so moralnya moh le kita dok oversea..
Wawa said…
dulu gelap sbb bebudak tak pandai jage kulit muka...la ni mcm2 produk ade, dari atas smpai bawah putih melepak..dah mcm mayat idup pun ada...kuikuikui...:p
myzz noor said…
First time dengar lak teori tu. Hehe
Nieda Ramly said…
dulu gelap tak dak econ . sekarang kerja dlm econ cerah lah
NinaAz said…
Yea keaaa.. first time dgr.. btw, sy pun xsuka org tegur sy makan.. panaaas je rasa.. wahh.. sikitnya dia mkn. Diet ek.. nk kurus ekk adeh! Stress. Haha
sweetie said…
Yelah tu!.. bila kurus kulit mengecut tu yg jadi gelap... bila gemukss isi tegang jadilah cerah... macam2...

Pesan saya... Irfa buat aja apa yang dirasa betul... kekadang 'org' keliling kita cakap tu ada maksud lain... opsss! thing positif...
Lady Windsor said…
tak de kena mengena la Irfa makan sikit makan banyak dengan cerah gelap..mengarut jer kakak tuh..
IndaMarya said…
dulu gelap sebab msa kecik tak tau nak jaga kulit, main panas spnjg masa, now dh takut tengok matahari, krim tk lepas dari kulit sbab tu cerah sikit.teori tu macam betul la, bila kulit cekang nmpak cerah sikit.tak prcaya try kulit pada belakang tangan, try cekangkan..nmpak lbih cerah kan?
Aidah said…
Ada kena mengena ke saiz badan dgn warna kulit? Akak tengok ramai je aci yang badan besar.
Yunus Badawi said…
Saya dah agak gemuk tapi tak putih pun.

Nak kena mcm tong drum kot baru nak putih.... huhu
azieazah said…
Mai jumpa Kak Azie. Dah la gemuk, gelap pulak tu.

So kajian dia tu kurang boleh digunapakai.. hahaha
HeNRieTTa JoSe said…
Pernah dgr kata org...bila berisi kulit menegang..maka akn jd cerah sket....ntah la...xtaw jugak kesahihan dia....tpi itu yg rietta pernah dgr la....lain lain teori xtaw plak rietta....
Unknown said…
suka atilah org nak cakap ape pun,cerah gelap kurus gemok...ade aku kisah...
Irfa said…
#kak net..
hehe.nak duk obersea aje.tapi nanti nak keje apa kak?petik stoberi @ susun barang kat supermarket?tak kisahla ye janji duk obersea.hehe

#wawa..
emm mgkin jugak kot.faktor persekitaran ;)

#myzznoor..
me too..mana tah dia dapat teori pelik itu

#nieda..
tapi dia kenal saya sejak dah keje ekon pun.tu yang mcm blur kejap

#ninaAz..
kan?terus hilang selera makan bila org intai apa dlm pinggan kita

#sweetie.
takdelah kisah mana.cuma teori pelik tu pertama kali dengar

#kak lw..
agaknya dia rabun.hahaha

#IndaMarya..
itu saya setuju.dah masuk 30an baru nak kenal produk muka/kulit ;)

#kak aidah..
hahaha..sian aci ;)
tetiba terbabit dlm ini pilem

#YB..
bukan putih tapi cerah
nak putih rendam klorox la ;)

#kak azie..
eh akak ni.saya tengok akak okey je

#rietta..
menegang la sebab dah berisi ;)

#kak lienda..
itu akak.
tapi saya kisah kalau orang tegur bab fizikal.mcm dh xde tajuk lain
eKa said…
adeh mcm2 kan... ada pula kurus = gelap, gemuk = cerah. mungkin bila gemuk kulit menegang, cerah jadinya. ada kemungkinan ke... nak kene wat eksperimen dulu ni
Ratu Hatiku said…
xpernah pulak tau psl teori nie.... mcm2 jelah... ala jgn d layan... :D
rumah kuning said…
saya gemuk dan saya juga gelap. Jadi, fakta kawan tu memang salah. hehehe
Luna said…
hanya mampu senyum. hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t