Skip to main content

Roti Arab,Ya Habibi Ya Maulana

(*_*)
Assalamualaikum,selamat pagi dan salam 1Malaysia untuk semua.
sihat ke hari ni?

okey..kita citer bab makan
tak abis2 kisah makan.huhu
hari ni sarapan merangkap lunch terus

nasi goreng dan sardin seketul
total lost rm2.70
murah gile kan?

bukan kafe pakcik mahal kat sebelah tu
kalau kat situ paling tidak rm3.50 sen
ini aku beli kat kafe bangunan sebelah 
kebetulan aku kesana sebab nak jumpa adik
ala dia yang aku citer baru dapat keje tu

okey..cerita lain


kenal apa ni?apa?tak dengar...sekali lagi ini apa?okey..betul..ini namanya Roti Arab.boleh didapati dikedai berdekatan rumah anda.Dah banyak kali aku nampak roti ni tapi tak pernah membeli dan juga mencuba makan.Saja la beli masa ontheway nak pegi melawat adik lelaki yang admitted kat spital gara2 suspect denggi last week.Masa beli tu aku tapaukan sup ayam sekali.Sempat la aku belasah sekeping masa tengok dia kat spital.Orang sakit mampu pandang je makanan,dah hilang selera tapi orang sihat semuanya belasah je.Alhamdulillah..dah sihat pun adik aku,selamat check out dari spital petang Jumaat lepas.

Masa nak beli tu sempat gak memikir 'nak dimakan dengan apa roti ni ye?' goreng pun sodap.eh!

Aku beli ni kat kedai mamak bernama Ali Maju (kebetulan member singgah nak bersarapan kat situ) .Dalam plastik tu ada 5 keping kalau tak silap,harganya 6.40 sen.korang beli lagi murah ke?aku tak penah beli so bayar jelah dengan harga yang ditulis itu.

Sedap jugak ye,nanti nak beli lagilah..emm nak gugel apa menu boleh buat dengan roti ni selain dari cicah ngan air @ makan dengan sup je.Anak2 suka kot roti ni.

maaf...entri merepek gara2 kekeringan idea tapi tetap jugak nak apdet blog.huhu   

Comments

sweetie said…
Cicah ngan kari.. sodapppp!
NinaAz said…
murah giler rm2.7. hikhik. tak pernah cuba roti arab. sedap hek?
Unknown said…
kak yus suka cicah dengan kari roti arab tu...:)
Aku pnh nmpk kat kedai mamak tp tak pnh terlintas nak beli. Bolehlah try t.
Irfa said…
#sweetie..
nak pulak kari kamben.perghh nikmat
hehe

#nina..
dulu kafe sebelah ni tak semahal sekarang..dah ramai komplen tapi macam tu jugak..sebenarnya pilihan di tgn kita,tp malas nak menapak jauh tu pasal tabah jelah w,pun mahal ;(

#kak yus..
sebenarnya roti ni sama je rasanya kita yang buat dia ;)

#fara..
belilah..sesekali tukar selera jadi mak arab ;)
Anonymous said…
x pernah makan la...
kena try ni
tapi kat ganu mana nak dapatkannya erk
-Sara- said…
cicah kari sedap kak :)
~::PermatA::~ said…
pernah beli sekali je. cicah kari...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...