Skip to main content

All The Best Kakak


Hari ni 10 September 2013

bermula hari ni, esok dan lusa (3 Hari)
anak dara sulung menduduki exam Upsr
sama macam sepupu kamcengnya, Ayong

semoga mereka dapat menjawab soalan dengan tenang
hari ni kertas BM (kefahaman dan penulisan) dan Matematik kertas 2
esok, Matematik kertas 1
lusa, Sains dan Bahasa Inggeris kertas 1&2

gambar hiasan
semasa berumur 6 bulan
kepada kawan2 blogger yang ada anak exam UPSR hari ni
sama2 kita doakan mereka
mereka dah usaha setakat yang termampu
semoga dengan Izin Allah mereka dapat kejayaan cemerlang

debaran dikongsi bersama 
ada lagi ke? maaf kalau lupa sebut nama

# nebes wei, maklum anak sulung

 (^_^)



Comments

Ratu Hatiku said…
Samalah kita anak exam jugak. All the best buat mereka... :)
NM03 said…
in shaa Allah... moga ade kajayaan buat mereka. amin
Jari Manis said…
Aha..semoga berjaya je kakak :-)
Nieda Ramly said…
semoga semua berjaya hendaknya. amin.
Mulan said…
all the best kakak...!!! moga berjaya dgn cemerlang..
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

InsyaAllah.. semoga dipermudahkan segalanya untuk mereka.. semoga keputusan yg cemerlang akan menjadi rezeki mereka., all the best utk kakak.. akak wp anak no.2 yg amb upsr.. nervous ttp nervous
suterazen said…

As Salam Irfa,

Moga Kakak diberi kemudahan dan kecerahan hati untuk menjawap soalan exam dgn cemerlang. Aminnnn.

Chaiyukkkkkk
t.a.t.a said…
anak-anak exam, ibu-ibu puasa tak?
MOKCIK AZWA said…
Selamat berjaya buat anak2 yang mengambil UPSR tahun ini..
||aLeaSaRa|| said…
wah kak lea pun ada anak buah yang upsr,hari ni.anak jiran pun upsr.yang kelakar tu anak dia ok je relak je,maknya yang nervous lebih he3...tulah kasih seorang ibu,kan


Biarlah rahsia said…
Good luck utk kakak..semoga berjaya mendpt 5A's
Unknown said…
semoga kakak dapat menjawab dengan tenang..
Yunus Badawi said…
All the best kpd anak sulung Irfa tu dan semua murid2 yang menduduki UPSR minggu ini.

Anak saya Haikal pun ambil UPSR. Dia anak yg ke5.
Kakzakie Purvit said…
Anak sulung ye... kira ini periksa besar pertama dihadapilah kan.
Doa kakak buat semua anak-anak moga kejayaan menjadi milik semuanya.
Unknown said…
all the best kakak.
semoga dapat keputusan cemerlang.

jom singgah blog saya
www.freevitamin.my
sweetie said…
InsyaAllah Irfa... kita sama-sama doakan yang terbaik untuk kakak dan rakan-rakannya yang lain. Kerja ke hari ni... saya dulu anak nak pekse saya cuti selama mana dia hadapi pekse tu... bagi semangat... hari-hari duk tercongok kat luar dewan pekse bawakkan makanan.
Dr K said…
semoga anak awak berjaya dgn cemerlang ...
apa jua keputusannya nanti...kita kena terima dgn redha...
zaman anak saya dah takde UPSR ni...:)
aizamia3 said…
moga semua anak2 yang menduduki peperiksaan UPSR dapat menjawab dengan tenang hendakNYA.
Acik Erna said…
Semoga kakak berjaya dengan cemerlang
Aisyah said…
irfa, lps abis exam boleh le round langkawi lagi..hee..takpun obersea..sonokk nye irfa koje MAS..
sitiezahim said…
salam irfa.. wah dah besar ek anak sulung irfa. all the bes untuk dia :D
Irfa said…
SIS SWEETIE..
keje la sis, nak cuti pun bukan dia sekolah kat sini
kalau ambik cuti balik kampung..
nanti anak yang sekolah kat rumah ni susah sapa nak uruskan
doa dari jauh jelah ;)
lupekanje said…
Moga berjaya dunia dan akherat buat anak ini.
IndaMarya said…
kakak, aunty doa kakak brjaya.slamat menjalani UPSR.anggap mudah ja tau,jawab relax2.jgn panic.nanti brjaya blanja aunty makan nak? mana aci kan? aunty la kena blanja kakak.. he he
kayyana said…
semoga anak anak kalian dapat menjawab dengan hati yang tenang dan mudah... doakan yg terbaik kak.. doa ibu Allah makbulkan.. semoga berjaya..
sweetie said…
ok takpe... janji dia tahu uminya sentiasa mendoakan dia dari jauh!
isme_cv said…
Comelkan kakak mase kecik..maklumler anak sulung...hehhe
all the best kakak..harini last paper..
Ummi said…
adoii...irfa, memang berdebar sangat, dah habis exam dah kan... tunggu result lah pulak...

semoga anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat, amin

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...