Skip to main content

Cenderahati Dari Padang Pasir

Assalamualaikum semua ...

Pagi ni sejuk je kan? hujan renyai2.. anak kenit tersumbat hidung tapi umie tetap kena pegi keje sayang, duduklah kamu kat rumah pengasuh elok-elok ye, petang nanti kita jumpa.

Okey, ni kisah semalam .. nak post semalam tak sempat. Kisahnya, tengah syok ngadap blog buat keje, dapat kol dari nombor tak dikenali. 50% hati kata 'angkatlah' tapi 50% lagi kata 'biarkan je, nombor tak kenal tak yah angkat'. Tapi entah kenapa, tangan tak dengar kata otak, selamba je tekan 'hijau' tanda menerima call tersebut.

'Ini Puan ..... ke? ada parcel. Tapi saya tak boleh masuk dalam. Saya kat lobi depan ni, boleh turun sekejap' garu kepala aku. Sebab takde tunggu parcel pun, aku bukan jenis beli barang online. Yang ada pun cuma buku yang aku citer kat en3 semalam, tapi dah collect pun dekat rumah ex pengasuh. Tapi turun jugak, tengok nama pengirim 'wow, sampai jugak akhirnya' menjerit dalam hati je. Dah lama dulu ada 'orang jauh' mintak alamat tapi lama sangat dah, sampai aku pun dah lupa, hihi

Anyway Terima Kasih banyak2 IbuSham atas hadiah comel tu. Nak tengok tak?

tok tok tok
apa di dalam?

masih dalam kotak

kena cari lemari kaca ni, hihi
nanti nak bagi mak satu, mesti mak suka hadiah dari padang pasir ni 
kecik besar, tua muda 
mesti suka bila dapat hadiah
mahal murah itu lain kira
yang penting keikhlasan dari si pemberi
ku terima dengan lapang hati
terima kasih daun keladi
kalau ada, hantar lah lagi
# gurau je ye

korang pun kalau rasa nak bagi hadiah jugak
sila komen, nanti aku inbox alamat untuk pengeposan
 *lawak pagi khamis katanya*

(^_^)


Comments

Yunus Badawi said…
Bestnya dapat hadiah dari padang pasir.

Cepatlah beli lemari kaca tu. Mana tahu banyak lagi hadiah nak diterima ..... ngeeee
izawani said…
Memang sangat sangat seronok dapat hadiah... :))
MOKCIK AZWA said…
Betul tu Irfa..sapa tak seronok dapat hadiah kan...betapa murah dan kecil pun kalau dah namanya hadiah pasti seronok menerimanya....cantikkkk sangattt...
lupekanje said…
untung lar....heheh...apakata share ngan accik...
JunAina said…
Hadiah kalau dpt memang lah suka. Cantik.
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

wah.. hadiah yang menarik tu.. cantik..
||aLeaSaRa|| said…
hye irfa...wah memang cantik.berseri-serilah almari mak lepas ni ye he3..
Unknown said…
waaa..
jauh btuil adiah ni..
mmg bertuah dapat..
Unknown said…
hahahaha.. nanti aku email alamat aku.. pos biasa pun takpe..
aNIe said…
Irfa...akak pun suka kalau dapat hadiah...tak kiralah besar ke kecik...mahal atau tidak bukan jadi ukuran...tapi ingatan yang penting kan irfa...?
Ann Ishak said…
nak hadiah jugak, sat lagi saya bagi alamat hahahaha :)
Kakzakie Purvit said…
Nasib baik angkat call courier tu kalau tak melepas hadiah cantik dari Kuwait tu..
NenetPenne (NP) said…
walaupun kita tak kenal nombor phone yang call kita, tapi rasanya jawablah panggilan tu mana tau kot2 ada orang yang kita kenal tetiba buat call guna public phone... kan kan... :)
K.A. said…
JAuhnye travel hadiah tu :)
HeNRieTTa JoSe said…
jauhnye travel....best best...suke rietta tgk....

pss...haah, tapi akak dah baca...rietta blom mula pown lagi...
IndaMarya said…
irfa, betul you cakap.hadiah kecik ke besaq tetap suka kan? apatah lagi yg come in small parcel..buka2 rantai mas. huuuh..
:: CIKVIVA :: said…
jom g ikea beli almari kaca...hehe
t.a.t.a said…
pasir dalam balang kaca ada tak?
Ratu Hatiku said…
Cantiknya!!! Bertuah empunya badan dpt hadiah :)
paridah said…
dpt hadiah mmg hepi...terasa dihargai...
Irfa said…
SIS ERNA..
mmg cantik sangat,tq kepada si pemberi yang baik hati
tak sangka banyak lak tu
Irfa said…
YB..
hahaha.kena beli lemari letak tepi sudut tu
pastu tampal kertas 'cenderahati dari blogger'
yb nak kirim jugak ke?
nnti sy bagi alamat ye
Irfa said…
SIS IZAWANI..
ehem ehem ;)
Irfa said…
SIS AZWA..
ye betul sesangat ;)
kecik besar hadiah bukan ukurannya
Irfa said…
ACCIK..
boleh share,kalau ada lebih ;)
Irfa said…
SIS JunAina..
senyum sepanjang hari tengok hadiah tu ;)
Irfa said…
SIS HANIS AZLA..
mmg cantik sis, memancor mancor kena matahari ;)
Irfa said…
SIS LEA..
kena tunggu balik raya haji baru hadiah ni akan bagi mak satu ;)
Irfa said…
HELLO SHARK..
kan?
jauh merentasi lautan gitu ;)
Irfa said…
RAI..
eh aku mintak hadiah,bukan aku yag nak bagi hadiah ;)
Irfa said…
SIS ANIE..
betul tu,sekecil FM pun bila itu hadiah tanda ingatan
terpandang je FM tu mesti senyum
Irfa said…
JM..
tgh tunggu JM punya hadiah ni
pos alamat sama ngan cikviva je..jimat setem ;)
Irfa said…
ANN..
boleh bagi alamat je,hadiah tggu jelah bila saya mampu bagi ye ;)
Irfa said…
SIS ZAKIE..
tulah,sib baik sy pickup panggilan tu
kalau tak konfem kena ambik kat pejabat pos ;)
Irfa said…
SIS NET..
ye tak ye jugak
sbb tu sy pastikan hp mesti ada kedit
kalau tetiba sy kol dgn public phone,org tak angkat
nanges la..dahlah syiling limited
public phone pun bukan semua boleh guna sekarang
Irfa said…
KHAMSI ABDULLAH..
tq singgah sini
ye jauh dia datang.
merentasi padang pasir dan juga lautan ;)
Jenny Lilly said…
tol ke boleh dapat hadiah free ni..hehhee
salam perkenalan..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t