Skip to main content

Rumah Idaman

Assalamualaikum
Semoga hari yang diberkati untuk kita semua
# aku draf pagi tadi, ingat dah publish
Rupanya lupa tekan publish, sabor jelah 

model pagi Jumaat ini ialah Cik Nasi Lemak Daun Pisang
masuk2 opis ada orang 'taja' nasi lemak
comel amat sizenya
nasi ditemani dengan sehiris telur dadar, sehiris timun dan sambal
Alhamdulillah
Sekarang aku agak aktif kat FB (mood bermusim, ada hari aktif kat BLOG, ada hari bosan kat blog lompat2 kat FB, gitulah aku). Bukan apdet status aku pun, tapi lebih kepada sekodeng kisah orang lain, hahaha.

Friend list dalam FB aku tak ramai, tak sampai pun 200 orang (eh!takkan tu je orang yang aku kenal dalam dunia ni? huhu). Ada family sikit (main pilih2 pulak ye), ada kawan zaman sekolah rendah & menengah, kawan opis (semuanya pun pilih2, bukan semua yang aku kenal tu aku add @ approve).

Lately, ramai kawan2 zaman sekolah dulu meng 'upload' gambar 'istana impian' mereka. Ada yang dah siap, ada yang dalam pembinaan. Setakat ni yang aku nampak, 2 orang buat rumah kat kampung (Klate) dan sorang kat ibukota. Aku tumpang bangga tengok kengkawan tunjuk rumah idaman mereka. Tumpang gembira untuk mereka.

Zaman orang kecoh tentang harga rumah yang makin tinggi ni, memang susah nak dapat rumah bawah 200K. Senior aku ada cakap 'kalau ada orang kampung kamu yang nak jual tanah, baik kamu simpan duit beli tanah dan buat rumah sikit2 kat kampung, senang bila pencen nanti dah ada rumah. Tak payahlah beli rumah kat sini, mahal dan rega sangatlah tak logik akal, rumahnya bukan besar mana pun' aku angguk jelah.

gambar dari sini
Setiap kali balik kampung, ontheway dari kampung aku ke airport KotaBharu adalah mengambil masa 2jam, so banyak lah benda boleh ditengok selain dari membuat taik mata. Satu pemandagan yang aku tak pernah jemu ialah pemandangan rumah banglo di tengah sawah (contoh macam gambar di atas).

Pernah cakap ngan CikAbe, nanti dah tua anak2dah besar nak balik buat rumah kat kampung. Berangan tak kena bayar kan? Soalnya ada kah tanahnya? Tanah kebun mak ayah ada sikit tapi adik beradik 6 orang kena pecah lot sorang sikit, buleh buat reban ayam jelah kot. hihi

Kagum sebab kawan2 yang buat rumah idaman ala banglo tu semuanya CikguCikgi, banyak tul duit diorang ye.Rezki orang tak sama macam orang kata 'best ler ko keje ketebang, naik ketebang free. Aku iyekan je lah.

Okeylah, Selamat berhujung minggu 

Comments

t.a.t.a said…
macam Harith kata, kawan sampai 5000 orang, tapi yang dia kenal cuma 12 orang aje.
Irfa said…
TATA..
sbb tu aku x approve sebarangan orang
yang 200 tu konfem la aku kenal
agak2 status annoying je aku remove,hihi
t.a.t.a said…
OIC. FB aku dulu ramai friends, 1K ++ tapi tu semua sebab nak main game aje. laa ni pun FB aku dah tak aktif dah.
Zaitun said…
Kak Zai tidak ada account FB hihi...

Semalam kak Zai buat n3 pasal harga rumah yang tinggi.
cikji said…
sedaknyo nasi lemok daun pisey,lepahtu ikey bilih jenih kecik2 pulok gak.dapnyooo!
~ Huda Qamar~ said…
haha...family saya (adik beradik + ipar duai) ada 7 org cikgu. rasanya kuantiti cikgu tu akan bertambah sbb ada masih belajar juga blm kawen (menantu semua cikgu setakat ni kecuali laki saya). ye memang menangis le tengok rumah diorang. cikgu senang buat loan. interest pun rendah. tambah kazen2 pun ramai gak cikgu. terus segan nak jemput org dtg umah kita bila tgk umah diorang. takpe la rezki masing2. tapi tu lah akak saya kata gaji bulan2 habis byr hutang je (kata dia la). tapi umah makin beso perabot makin beso kete makin beso body pun mula nak membeso.

jeles la jugak tapi takde la dengki =P allah bagi saya lebih bab lain.
NenetPenne (NP) said…
cikgu cikgi dapat loan laa... kalau tak guna loan tu, rugii..tu pasal rumah depa besaq2..
haaa 2 jam perjalanan??? dah mcm dari gua musang ke KB jer...aaaa sakit vontot laa mcm ni...
paridah said…
suka tengok rumah org kita di :Kelantan kebanyakannya besar2 n cantik....
isme_cv said…
Best kan kalau ada rumah mcam dalam gambar tu..tersergam indah je..
Lady Windsor said…
sedap pulak Nampak nasi lemak tu Irfa

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...