tadi aku 'layan' laksa sensorang
ntah kenapa anak tekak ni mengidam nak makan laksa
tapi makan laksa rasa macam nak tercekik
sebabnya:
- kuahnya masin macam lori garam tumpah
tapi yang paling rasa tercekik ialah
- kenangan bersama 'arwah kawan' banyak di kafe laksa tu
dulu-dulu, situlah tempat lepak makan kami
bila lunch time 2 jam pada hari Jumaat
# tisu please
sambil suap laksa, sambil mengenang kisah kami dulu2
bertambah sedih bila dapat tahu
rupanya arwah ada menyimpan 'kisah sedih' dari kami
tabahnya dia menyimpan airmata di sebalik tawa
duhai sahabatku,
selesai sudah urusanmu dengan dunia
moga damai di alam sana
alfatihah
-_-
# ada ketikanya aku rasa
lebih baik tak tahu daripada tahu
kerana ia lebih menyakitkan
tapi 'kenyataan memang pahit'
lebih baik tak tahu daripada tahu
kerana ia lebih menyakitkan
tapi 'kenyataan memang pahit'
Comments
Moga roh sahabat itu tenang di sana..
Tapi bila kita letak diri kita jadi kawan itu, adakah kita sanggup nak beritahu kawan kita yang lain pasal tu? Tak sanggup kan?
Kata hati kita memang begitu tetapi mungkin dia merasa sebaliknya tidak mahu menyusahkan kawan2.
aku speechless.. tak tau nak komen apa..aku tak penah alami benda mcm ko alami..makan laksa masin sambil mengenang kawan yg dah tak ada.. T_T
huhu. dah lama x mkn laksa. sejak sejak mengurut hari tu