Skip to main content

Novel: Suratan oleh Noorlaila Ghafar

Cam best je hari ni
Cam Jumaat je
(^_^)
senyum lebar maklum le esok cuti
(Jumaat, Sabtu & Ahad cuti, balik kampung best gak ni
kenapa rasa lambat sangat gaji bulan ni, huhu)


Lama dah tak baca novel
tanpa di sangka Isnin lepas terima satu parcel
seseorang yang aku kenal di laman blog
hadiahkan aku sebuah novel
# ini novel pertama yang aku baca untuk tahun 2014
kata KakP, novel ni ditulis oleh kawan baiknya berdasarkan kisah benar 

muka depan novel SURATAN 

Sinopsis :
'versi aku'

Kisah seorang wanita pertengahan umur bernama May Ling, seorang saudara baru
Seorang isteri kepada suami bernama Razak dan ibu kepada 9 anak
Hidupnya sangat bahagia bersama keluarga disebuah negeri di pantai timur
disamping tugasnya sebagai seorang guru

Selepas bersara wajib, suaminya mendapat tawaran sebagai penyarah jemputan
di sebuah universti di negara jiran (Thailand)
berjauhan dengan keluarga, akhirnya sang suami menemui cinta baru
seorang janda warga Indonesia yang beranak 2, bertugas sebagai guru disana

Mampukah May Ling menerima suami yang sudah menemui cinta baru
dan menerima 'madu' dalam hidupnya
Bagaimana May Ling menghadapi badai perasaan sendiri
di samping menangani anak2nya yang memberontak terhadap bapa mereka


err, penamat dia korang kena baca sendiri kot
takkan nak tulis semua kat sini, hihi
pendapat aku, novel ini di tulis dengan baik sekali
membaca novel ni, rasa macam aku ada kat sebelah May Ling
tengok dia menangis malam2 waktu suami bersama dengan madu nya
dan rasa macam aku ada bersama dia sewaktu menunaikan Haji di Mekah
dalam waktu semalaman, aku khatam novel 315 muka surat ni


# aku masih berangan untuk menulis novel sendiri
entah bila akan jadi kenyataan
tajuk dah ada, nama watak pun dah pilih
jalan citer je belum pasti nak tulis tentang apa
hahaha


Comments

t.a.t.a said…
Kak. Ada masa jugak eh nak membaca. Saya dok mencari waktu ni.
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

membaca sinopsisnya pun hati dah jadi tertawan.. sungguh mengasyikan.. semoga anganan irfa untuk menulis novel sendiri akan jadi kenyataan.. All the best ya!
Hari ni mmg best. Aku klu hari Jumaat, nak bt keje mmg takde mood. Mulalah terlengah sana, terlengah sini. Samalah hari ni pun. Walhal, keje melambak ni.
paridah said…
terima kasih irfa tolong review novel kawan kak ni...tahniah irfa berbakat sbg pengulas novel yg baik...
Aisyah said…
haha..geng..tp akak dah ada jln cerita...tp nak nulih tu yg bitamin M myk...hee
Zaitun said…
Baca review macam seronok...nanti nak cari juga.
sweetie said…
Cepatlah realisasikan novel irfa tu... nanti jgn lupa buat 'lonching' dan ajak saya ya.
Unknown said…
cepatt..mulakan menulis dari sekarang.. boleh vangga ada kawan novelis..hihihi
bangsawan nilai said…
elok tu. mula-mula tulis blog.
kemudian try buat certot (cerita kontot) lepas tu cerpen (cerita pendek) kemudian boleh lah keluar novel....:)
Irfa said…
B-NILAI..
'cerpen' aku biasa dengar
'certot' ni pertama kali aku dengar
hahahah tak tahan nak gelak
Irfa said…
RAI..
adoi, ko buat aku tunduk malu
tengah belajar sign otograph ni
senang bila novel siap, buleh sign dulu sblom pos
wakakakaa
Irfa said…
SIS SWEETIE..
hihi, bila tahun agaknya novel saya akan di 'lonching' tu ye
Irfa said…
SIS ZAITUN..
sy suka kisah masyarakat
novel ni antara kisah masyarakat yg berlaku di sekeliling kita
cuba lah cari di kedai buku ;)
Irfa said…
YONG AISYAH..
emm saya rasa boleh agak jalan cerita tentang apa
kisah cinta tak kesampaian antara awek melayu dan jejaka korea ke ?
gurau je
# cepat nyorok belakang pintu
Irfa said…
KAK PARIDAH..
tq sbb sudi hadiahkan novel tu pd saya ;)
sekarang novel tu dah 3 orang tengah beratur nak baca
saya buat ulasan setakat pemahaman saya
bagi saya May Ling tu tersangatlah baik dan tabah
bukan senang nak cari wanita tabah dan redha mcm tu di zaman ini
Irfa said…
KAK FEA..
sabar menunggu 'buah tangan' dari akak pulak
impian saya tu entah bila akan jd kenyataan
yg pasti bukan masa sekarang :)
Irfa said…
TATA..
anak dah besar, dah pandai buat hal sendiri
sempatlah baca novel
dulu2 masa anak kecik, nak habiskan satu novel sebulan kot ambik masa
Irfa said…
FARA..
mggu ni paling best lah kot ;)
aku pun mood nak wat keje pun ala kadar
mggu depan lah baru bersungguh wat keje
hahaha#takbaiknyelah
Mcm hebat bunyinya... aku suka novel yg mcm kamu katakan. Mcm ko berada sebelah dia.. tgk dia nangis mlm2. Baca rangkap tu pun dah buat aku sebak..


Nak juga.. angan2 nak ada novel sendiri hehehe...


Nong andy
Rumah Kuning said…
Macam best je. nak kena cari ni.
Baca novel ni berhantu. Selagi tak habis, selagi tu takleh buat benda lain.
saya said…
Saya pon suka baca novel. Hehehehhee..tak kira la novel ke buku ke apa ke..rasa tenggelam sendiri kalau membaca...S
FaD + iLaH said…
wahh mcm best je novel ni..kena cari ni..saye dahla suke cite yang feeling2 sedih ni...huhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t