Skip to main content

We Share, We Care: Mesej Dalam FB Dari Abah

Mak ayah aku takde FB Twitter, Instagram, We Chat, What Apps atau apa je yang sewaktu dengannya. Mak aku ada handphone, guna untuk call dan sms sekali sekali. Ayah pulak langsung taknak terlibat, sesekali bila kami call dan ayah yang jawab, itu kemungkinan mak dalam bilik air@ solat. Bosan agaknya dengar henpon berbunyi, terpaksalah ayah angkat. Kalau tak, memang susah nak dengar suara di telefon. Mak banyak kali bising suh ayah pakai henpon, senang nak kol bila ayah kat kebun. Tapi ayah tetap ayah 'buke kijo aku nak pakai henpon'. Sebab itu mak tak boleh berlama-lama datang sini, bila ayah taknak datang. Sebabnya susah nak berkomunikasi dengan ayah. Kena call makcik sebelah umah tengokkan ayah, sihat @ dah makan ke belum.

Rasanya ramai dah baca kat FB tentang Mesej Dari Abah. Aku nak share untuk bacaan akan datang.




Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya.
Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox.
Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini.
Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej.
Mesej pertama, spam.
Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Lalu ditatap isinya,



Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook.
Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat.
Abah pun tak faham sangat benda ni. 
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu.
Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4.
Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon.
Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali.  Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda.
Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih.

Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit.
Cuma abah dah terlalu tua.
Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak... 
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah.
Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. 
Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 
Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini. 


Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah.
Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan.
Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.


 tisu please (-_-)


Comments

babYpose said…
Salam, terharu, sy cuba jumpa dgn bapa seminggu skali atau 2 mingu skali., nice sharing.
t.a.t.a said…
Saya pernah tegur bos saya. Dia duduk depan saya. Keluarkan phone, dia cakap, eh missed call. Emak memanggil. Saya cakap la, mak panggil tak menjawab, berdosa tau. Bos cakap, tak dengar tadi. Terus dia return call pada emak nya.
asyifamustaffa said…
Dah baca kat fb tdi...
Sy tnggl mak je lg...abah dah 3 thn pergi menghadap ilahi....
kan...hargai mereka seblom terlambat....
paridah said…
anak2 yg bersikap begini terhadap ibu bapa mrk mmg ramai...mrk anggap kejayaan hidup mrk tidak kena mngena dgn pengorbanan ibubapa mrk yg sanggup bergolok bergadai demi anak2 yg dikasehi...ada setengah tu mengangap diri mrk teramat bijak justeru lulusan universiti sedang ibu bapa mrk sekolah menengah pun xhabis...jd mrk rasa xlayak nk berbicara ibubapa mrk yg dianggap dungu itu...kak sering temui kwn2 yg mengadu citer bgini pada kak tntg anak2 mrk ada yg sampai menitiskan air mata.
BungaTulip said…
Salam Kak Irfa..
sedih saya baca kisah ni. teringat kenangan bersama arwah bapa dulu. dia sering bercerita, saya jadi pendengar setia. Bercerita suka dukanya di masa lalu, pengalaman hidup sebagai anak perantau. rinduuu.. Hargai lah ibu bapa selagi mereka masih ada bersama kita. Bila dekat dengan mereka, tenang hati kita.
Aisyah said…
thanks for sharing darling..akak dah takde fb..i feel like driving home..another 2 weeks insyaAllah..
Kakzakie Purvit said…
Ye kakak dah dua-tiga kali juga baca kisah ini.
Semalam pun kakak ada baca dari blog Hj Arshad (Mekah) mengingatkan ini.

Jadikan iktibar...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t