Skip to main content

Sambut Besday 3 Serentak, Pakej Jimat

Balik keje semalam, bila en Abe nak tulis apa tah, dia tanya aku 'hari ni bape haribulan?' terus otak aku teringat 'YaAllah, hari ni 9 Jan, besday adik' kesian kat dia, mentang2 dia kecik tak reti tengok kalendar. Takde sapa ingat bday dia, huhu. Kalau kakak @ abam, konfem menyanyi dari bulan lepas lagi untuk ingatkan aku tentang besday diorang.

Kebetulan nak keluar ambik stok inner magic, kami pun buat plan mengejut, beli kek dan call adik2 pompuan ku (CikViva dan adik bongsu pompuan) suh tunggu kami kat kfc dekat rumah sewa diorang. Motif sebenar nak suh diorang belikan hadiah, hahahaha.# harap mereka berdua tak baca, kikiki. TQ ye adik2 aku untuk hadiah2 itu

jimat kan?
satu kek untuk 3 orang

kasi can adik tiup dulu ye
'happy bday to u, happy bday to u, happy bday to adik, happy bday to u'.
bukanlah, nama kita Mia Sara
adoi la, suka hati je tukar nama 

okey, jom tiup sama-sama

besday girl
'kita dah 4 tahun'

besday boy, yang ke 9 tahun
(besday sebenar esok, 11 Jan)

kakak punya besday ke 13 , 11 Ogos nanti
lambat lagi, tapi takpelah, kita awalkan, saja memeriahkan majlis
# sila abaikan adik pompuan aku yang suka buat muka bila bergambar
dia mmg gitu, hihi

Maka inilah yang terjadi, besday abam 11 Jan (esok) dan besday kakak 11 Ogos nanti di gabungkan bersama dengan besday adik (last year adik dan abam sambut di kampung masa tarikh lahir kakak). Sangat menjimatkan kerana menyahut seruan kerajaan untuk berjimat, membazir itu amalan syaiton nir rojim, hihi.

Sebenarnya, bukan selalu kami sambut besday anak-anak. Ikut kelapangan je. Semoga mereka membesar dengan baik, jadi anak soleh dan solehah. Berjaya dalam hidup dunia akhirat. Itu je doa kami sebagai ibubapa. Kami cuba menjadi yang terbaik untuk mereka dan selebihnya serah pada Allah.


Sekian kisah happy happy bersama family
Dari Happy Irfa with love

(^_^)


Comments

Unknown said…
hahaha..aku ingat semua anak ko bulan january.. baru nak puji.. pandai ko bajet.. wakaka

anyway.. happy birthday buat si hajar dengan dak abam..

tak sabar nak tengok keletah dia ke sekolah tahun depan.. alamak.. baru awal tahun kan.. hahaha...
NinaAz said…
Happy bufday semuaaa.heheheeh
Kek sr tu nak secoet!
t.a.t.a said…
Happy birthday untuk semua. Eh Irfa, dah tu karang besday kakak bulan Ogos, kau buat lagi tak sambutan untuk 3 3 ni?
Unknown said…
hepi befday semua. mia sara..hahaha jngn2 nnti sekolah pn die suruh cikgu n kwn2 panggil dia mia sara.jaja..jaja..comel je
paridah said…
HAPPY BIRTHDAY ANAK2 BAIK YG COMEL ...DIDOAKAN MENDAPAT SEMUA YG TERBAIK DLM HIDUP MASING2 IN SYA ALLAH..
Aisyah said…
hepi besday to u..hepi besday to u..HAPPY BESDAY TO ALL OF YOU...
Kakzakie Purvit said…
Kakak mcm Rai ingatkan semua Januari...
Apa pun happy birthday anak-anak semua..
Acik Erna said…
happy birthday,..semoga menjadi anak yang solleh dan solehah buat ketiga2 pemata hati ummi..bulan depan ummi lak kan
nita said…
happy birthday utk adik dan abam.. eh kakak lambat lagi kan hehehe..
baru masuk January anak akak yg lahir bulan May tu pun tiap2 hari tanya bila birthday dia.. nanti nak buat macam irfa jugaklah..
ala sweet jer gambar yg kat bawah sekali..
happy family gitew. ^_^
hppy bday adik ...3 hari tua dari ammar ..bday ammar ari nie..hikhik...
QasehnyaRania said…
happy besday.
betul tu kena berjimat cermat
wah besday abam sama dgn tok ti. hihi
aamiin

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t