Mak ayah aku takde FB Twitter, Instagram, We Chat, What Apps atau apa je yang sewaktu dengannya. Mak aku ada handphone, guna untuk call dan sms sekali sekali. Ayah pulak langsung taknak terlibat, sesekali bila kami call dan ayah yang jawab, itu kemungkinan mak dalam bilik air@ solat. Bosan agaknya dengar henpon berbunyi, terpaksalah ayah angkat. Kalau tak, memang susah nak dengar suara di telefon. Mak banyak kali bising suh ayah pakai henpon, senang nak kol bila ayah kat kebun. Tapi ayah tetap ayah 'buke kijo aku nak pakai henpon'. Sebab itu mak tak boleh berlama-lama datang sini, bila ayah taknak datang. Sebabnya susah nak berkomunikasi dengan ayah. Kena call makcik sebelah umah tengokkan ayah, sihat @ dah makan ke belum.
Rasanya ramai dah baca kat FB tentang Mesej Dari Abah. Aku nak share untuk bacaan akan datang.
Rasanya ramai dah baca kat FB tentang Mesej Dari Abah. Aku nak share untuk bacaan akan datang.
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya.
Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox.
Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas
pandang selama ini.
Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua
mesej.
Mesej pertama, spam.
Mesej kedua dibukanya.
Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Lalu ditatap isinya,
Salam.
Ini
kali pertama abah cuba guna facebook.
Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi
tak dapat.
Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah
cuba hantar mesej ini kepada kamu.
Ingat
tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4.
Abah kesian
semua anak-anak sekarang ada henfon.
Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu.
Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang
asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu
sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10
tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa
kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik
panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah.
Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin
tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi,
percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur
kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila
kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika
membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu
ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin
bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu
seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila
kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu
masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu
mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di
asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan
kami bila tak perlu.
Abah
tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda.
Akhirnya,
abah dapat tahu kamu ada kekasih.
Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja
ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan
henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan
dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih
penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak
nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya,
kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari.
Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur
bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka.
Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam
ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan
mahu berleter, mengungkit atau membangkit.
Cuma abah dah terlalu tua.
Abah dah
di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah
tak minta banyak...
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah.
Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu.
Menangis pada abah. Mengadu pada abah.
Bercerita pada abah seperti kamu
kecil-kecil dulu.
Apapun.
Maafkan abah atas curahan hati abah ini.
Jagalah
solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah.
Namun, jangan pula kamu
tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan.
Usah letakkan cinta di hati pada
seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun
jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan
abah atas segalanya."
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.
Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat
selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.
tisu please (-_-)
Comments
Sy tnggl mak je lg...abah dah 3 thn pergi menghadap ilahi....
kan...hargai mereka seblom terlambat....
sedih saya baca kisah ni. teringat kenangan bersama arwah bapa dulu. dia sering bercerita, saya jadi pendengar setia. Bercerita suka dukanya di masa lalu, pengalaman hidup sebagai anak perantau. rinduuu.. Hargai lah ibu bapa selagi mereka masih ada bersama kita. Bila dekat dengan mereka, tenang hati kita.
Semalam pun kakak ada baca dari blog Hj Arshad (Mekah) mengingatkan ini.
Jadikan iktibar...