Skip to main content

We Share, We Care: Umur Sesuai Ajar Anak Buat Kerja Rumah

DULU
masa membesar di kampung, umah mak takde mesin basuh
rasanya dah form 3/4 baru lah kami ada mesin basuh
sebelum ada mesin basuh
basuh kain baju dengan menggunakan tenaga
memberus manual 2 besen besar, itu biasa bagi aku bila hari cuti

masak memasak menu simple tu jugak biasa
menu seperti masak nasi, goreng sayur, goreng ikan/telur, buat ikan/ayam sambal
my food killer is maggi goreng kangkung dan ikan kembung sambal
hehe

keje rumah aku bertambah bila tempahan menjahit mak banyak
 (selalunya musim nak raya/cuti sekolah-tempahan baju sekolah)
aku tolong mak jahit tepi (klim tepi) 
dan tolong sambungkan bahagian baju 
(sambung lengan dengan pesak)

adik2 aku mungkin banyak tak merasa sebagaimana aku anak sulung

tapi, bila ada anak2 sendiri
aku buntu nak mulakan dari mana
waktu umur berapa nak ajar diorang kerja rumah?
setakat ni, aku belum ajar kakak masak menu utama, huhu
setakat tumbuk bawang, nasi goreng, goreng ikan, basuh pinggan, sidai dan lipat kain je

bila jumpa artikel dibawah, rasanya sesuatu yang bagus utk di kongsi
sesuaikan dengan budaya kita



# last day keje, esok cuti CNY
list apa nak buat dah ready, harap berjalan lancar

selamat berhujung minggu ye kengkawan
yang balik kampung tu, hati2 memandu

(^_^)


Comments

Aisy Nasiha said…
Wah.. banyak kemahiran di usia 4, 5 tahun yang Naim tak kuasai lagi.. nak kena slow2 didik dia ni...

selamat bercuti Irfa
Aziela said…
Mungkin sebab kita rasa kita masih mampu nak buat. Maklumlah, dulu kena giling cili, now blender dah ada, atau beli jer cili boh. Dulu kena sapu sampah kat lama dengan daun2 pokok semua, tapi now, rumah pun tak ada laman. Anyway, saya untung sebab anak saya duduk dengan nenek atuknya. So, sekarang umur 12 tahun, dia dah boleh tolong bersihkan kebun, mesin rumput, masak untuk dinner yang simple2 dan kemas katil. Syukur.
Unknown said…
shujin dengan rajinnya dah mula ajar damia ngan aqil memasak kat dapur..tapi under supervision la.. hehe.. bahaya.. aqil dah berjaya terpercik minyak atas dahi masa goreng telur.. :P
Irfa said…
AISY NASIHA..
samalah kita, si kecik umur 4 tahun
dlm list tu ada beberapa perkara yg dah suh buat wpun bukan semua
mcm letak baju kotor dlm bakul, letak botol susu kat sinki, kemas mainan dlm bakul
wpun ada hari, dia x nak buat..mcm2 alasan dia bagi, haha
Irfa said…
AZIELA..
ye, betul tu
sbb kita rasa mampu buat, plus rumah kecik rasa sgt tak selesa ada ramai orang di dapur
lebih selesa buat sendiri, lainlah rumah kampung
dapurlah luas ;)
# teringat kenangan sapu laman di kmpung pakai pelepah kepala ;)
paridah said…
selamat bercuti irfa...masa bercuti bersama anak2 bolehlah ajar apa yg patut...
Mulan said…
budak2 ni dah start buat keje rumah lama dulu.. mmg kena kasi upah sikit2 dulu, pastu baru citer pasal tanggungjawab...
makchaq said…
Makchaq pun anak sulung..kerja2 rumah, masak, membasuh dah biasa dari kecik..tapi tak pulak rasa kena suruh.. macam suka ja buat.. ma makchaq pun ambik upah jahit jugak, masa banyak tempahan balik sekolah makchaq tolong kelim tepi dan kadang2 jahit tulang belut..
Pasai dah besa macam tu anak2 makchaq pun makchaq ajaq jugak buat kerja2 rumah ni.. bila dah besaq depa macam mengkhusus sendiri pulak, ada yang suka kemas, yg suka masak, yang suka pi kedai.. apa2 ja la.. yg penting kerjasama...tak dak bibik memang perlu la suruh anak2 tolong...
tapi Nafisah walau dah boleh buat .. selalu mengelat.. ramai orang nak tolong & layan dia..
Kakcik Seroja said…
Disebabkan anak kakcik semuanya lelaki, kakcik tak sedar bila masanya kakcik suruh mereka buat kerja rumah seperti membasuh pinggan, mengemas tempat tidur dan sebagainya... :)
sweetie said…
Irfa, saya pun tak pernah ajar dan suruh Ojet buat kerja-kerja rumah tu... kesian dan tak sampai ati walaupun dan besar panjang skrg... tapi di mata saya dia macam kecik lagi dan tak percaya dia menggunakan segala peralatan dapur. Tapi begitu 'amazing' balik cuti semester ni dia memasak di rumah... lauk dan sayur, mengemas dan membasuh... bancuhkan air untuk abahnya... siapa ajar? dia tahu sendiri...
Mummy Sher said…
Selamat bercuti..semoga selamat pergi dan balik :)
Unknown said…
Anak K.Sham yg sulong besar dlm tgn Omak & Ayah.. tho cuma over the weekend mmg byk beza jika dibanding dgn yg no 2 & 3.
Tp utk menjawab soalan Irfa sebenarnya K.Sham pun susah nak jawab sbb sampai hari ini K.Sham masih buat semua "sendiri".
Abih tu camno??
Unknown said…
saya walaupn ank ppmpn sulung dlm fmili mak saya x bagi saya masuk dpr. saya reti buat nasi goreng bodoh pn masa form5.hehehe
t.a.t.a said…
Haah kan kak. Si Gundut tu pun 4 tahun lebih jugak. Ada masa aje dia nak campak botol susu dia kat sinki, kalau masa bontot dia tersumbat, ada je la alasan nya.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t