DULU
masa membesar di kampung, umah mak takde mesin basuh
rasanya dah form 3/4 baru lah kami ada mesin basuh
sebelum ada mesin basuh
basuh kain baju dengan menggunakan tenaga
memberus manual 2 besen besar, itu biasa bagi aku bila hari cuti
masak memasak menu simple tu jugak biasa
menu seperti masak nasi, goreng sayur, goreng ikan/telur, buat ikan/ayam sambal
my food killer is maggi goreng kangkung dan ikan kembung sambal
hehe
keje rumah aku bertambah bila tempahan menjahit mak banyak
(selalunya musim nak raya/cuti sekolah-tempahan baju sekolah)
aku tolong mak jahit tepi (klim tepi)
dan tolong sambungkan bahagian baju
(sambung lengan dengan pesak)
adik2 aku mungkin banyak tak merasa sebagaimana aku anak sulung
tapi, bila ada anak2 sendiri
aku buntu nak mulakan dari mana
waktu umur berapa nak ajar diorang kerja rumah?
setakat ni, aku belum ajar kakak masak menu utama, huhu
setakat tumbuk bawang, nasi goreng, goreng ikan, basuh pinggan, sidai dan lipat kain je
bila jumpa artikel dibawah, rasanya sesuatu yang bagus utk di kongsi
sesuaikan dengan budaya kita
# last day keje, esok cuti CNY
list apa nak buat dah ready, harap berjalan lancar
selamat berhujung minggu ye kengkawan
yang balik kampung tu, hati2 memandu
(^_^)
Comments
selamat bercuti Irfa
samalah kita, si kecik umur 4 tahun
dlm list tu ada beberapa perkara yg dah suh buat wpun bukan semua
mcm letak baju kotor dlm bakul, letak botol susu kat sinki, kemas mainan dlm bakul
wpun ada hari, dia x nak buat..mcm2 alasan dia bagi, haha
ye, betul tu
sbb kita rasa mampu buat, plus rumah kecik rasa sgt tak selesa ada ramai orang di dapur
lebih selesa buat sendiri, lainlah rumah kampung
dapurlah luas ;)
# teringat kenangan sapu laman di kmpung pakai pelepah kepala ;)
Pasai dah besa macam tu anak2 makchaq pun makchaq ajaq jugak buat kerja2 rumah ni.. bila dah besaq depa macam mengkhusus sendiri pulak, ada yang suka kemas, yg suka masak, yang suka pi kedai.. apa2 ja la.. yg penting kerjasama...tak dak bibik memang perlu la suruh anak2 tolong...
tapi Nafisah walau dah boleh buat .. selalu mengelat.. ramai orang nak tolong & layan dia..
Tp utk menjawab soalan Irfa sebenarnya K.Sham pun susah nak jawab sbb sampai hari ini K.Sham masih buat semua "sendiri".
Abih tu camno??