Skip to main content

Sape Nak Order Ikan Bilis Tomyam?

hai, dah petang kita ye?
lately i is very busy
nak memblog pun tak sempat, huhu

gambar dibawah takde kaitan
saja je nak tepek sebagai penyeri majlis

gambar hiasan:
ni nasi kenduri kawasan kejiranan Sabtu lepas
makan dengan sopan kerana 'mata ikan' naik dalam mulut
sambil makan, sambil lap air mata
ni nak jawab pada yang komen
tak sangka ada gak yang berminat dengan Ikan Bilis Tomyam tu
aku takde niat nak menjual pun
kalau korang nak, anak sedara akak tu datang minggu depan
boleh lah kot kalau nak order


masa aku beli tu RM28/sekilo
banyak wei sekilo tu
aku bahagi dua ngan akak pengasuh
sampai hari ni lom abis lagi
sambil tengok tv, tangan seluk balang ikan bilis tu
belum lagi makan nasi pun, ikan bilis jadi peneman 

okey, kalau sesapa nak rega samalah cam aku beli tu
tapi korang kena bayar postage lah
kecuali kalau sanggup datang COD kat Klia
i okey je
sms@wsap jelah ye
nombor aku kat bawah ni (rahsia tau, jangan bagitau sesapa)
kosong satu enam, enam satu satu enam empat lima sembilan

(^_^)

 

Comments

Dr K said…
hahaha..baru tau nama dia Ikan Bilis Tomyam
Aziela said…
Tak minat makan ikan bilis sebenarnya... Kalau dah lumat atau hancur di blender, ok lagi. Hehehehehe
Yong Is My Name said…
alahai sodapnya.. sambil tgn mulut kunyah mata depan tv.. Kholass.. tinggal plastic.
isme_cv said…
Kita nak makan free je...segenggam tiap kali amik & kutip bilis je..heheh
Unknown said…
boleh ker kalau nak order ikan bilis tomyam ni?

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...