Skip to main content

Suatu Kebetulan Yang Amat Sangat

emm tak pasti korang masih ingat atau tak bulan Disember lepas aku ada tulis tentang Pelanduk Dua Serupa.tapi entri tu kategori tahun lepas punya so aku dah simpan dalam 'kotak besi dan sorok bawah katil'.

nak link pun malas sebab blog itu rahsia(rahsia la sangat).so aku copy kat sini..kalau dah baca sila skip

---------------------------------------------------------------------

Pelanduk Dua Serupa
NI CITER AHAD LEPAS..
(banyak xtvt kami anak beranak pada ahad lepas..nanti aku citer satu persatu)ini adalah satu dari kejadian yang berlaku.sampai sekarang aku masih lagi terfikirkan tentang kejadian itu.

kami ke Jusko Seremban2..plan nak tengok wayang.aku kat luar surau tunggu giliran(bagi adik aku dan kakak solat dulu..jaga kenit kat luar surau) tetiba adik aku keluar bagitau nampak seseorang macam kawan sekolah rendah aku..dia kata 'cer gi tengok macam akak tu (sebut nama) tapi tak pasti lah betul ke tak.anak dia ramai kan?' dan aku pun teruja almaklumlah,kalau betul itu dia aku sangat hepi nak jumpa kawan lama.last aku jumpa dia tahun 2000 kalau tak silap,aku pegi kenduri kawen dia.dia kawen awal sikit dari aku..11 tahun jugakla kami terpisah.

aku jenguk dalam surau..nampak pompuan tu tengah angkat takbir..memang sebijik muka kawan aku tu.so aku tunggu sampai dia abis solat.lama aku tunggu...siap boleh wat dialog lagi nak tegur dia.dan bersedia jugak kalau dia punya komen 'eh!ko ke ni?gemuk sangat tu pasal tak perasan'hehe.

penantian itu berakhir bila nampak dia keluar surau.dengan 3 anak dan ada 2 lagi anak yang menunggu kat luar.aku pegi kat dia dan cakap 'ni ....(sebut nama panggilan zaman skolah) kan? TAPI...........dia pandang aku dan terus cakap 'eh.salah orang kot'.terus tarik tangan anak-anak dan blah.tapi loghat dia memang 'sekapal ngan aku la..Klate gak'.itu menambahkan keyakinan aku yang aku tak salah orang.

aku?
tergamam..kalau betul salah pun dia punya reaksi tu buat aku malu.huhu

sampai kesudah dan balik umah aku masih terfikirkan dia.last cerita yang aku tahu tentang dia ialah dia duk kat gombak.jadi suri rumah almaklumlah suami orang kaya dan aku dapat tahu anak-anaknya ramai..tu jer.aku cuba cari kat facebook tak de.mungkin jugak pakai nama lain.emm

kalau betul itu dia,takkan sampai begitu sekali dia tak kenal aku?tak percaya kalau dia sampai buat-buat tak kenal aku.bukan banyak sangat pun perubahan yang berlaku pada aku kecuali bab 'tumbesaran' tu je.nak kata hidung tambah mancung tak jugak.hehe

kalau la aku memang salah orang..oh kagumnya dengan ciptaan Allah..rupa dia sebijik sebijan ngan kawan lama aku itu.betullah pepatah MEMANG SERUPA PELANDUK ITU :)

-----------------------------------------------------------------

kalau korang tak ingat pun takpelah..bukan isu besar pun.cumanya aku nak citer Jumaat lepas singgah kedai nak beli barang dapur sikit,sebelah kedai tu ada cybercafe,so tengok jam masih awal lagi jadi aku singgah la konon nak check la fb ada orang hantar msge ke tak.huhu...sian kan?nak bukak fb kena gi cc.tak sangka aku masih ingat password.hehe.sekali ada msge dalam inbox dari kawan lama yang aku sangka dia adalah orang yang aku tegur dalam kisah di atas.pelikkan?sangat kebetulan disitu.aku intai dalam album takde lak gambar terbaru dia,yang ada pun cuma gambar anak-anak zaman kecik.

dah lama aku cari dia pakai nama penuh lagi tapi tak jumpa.tup-tup lepas kejadian dia add aku dan akaun dia tu pakai nama penuh.kawan-kawan aku pun ada dalam list fren dia jugak.pelik lagi disitu napa aku tak jumpa dia dalam list kawan-kawan sekolah lama.

malas nak fikir negatif terus je aku reply msge dia dengan bertanya mana dia hilang dah lama aku cari.dan aku juga citer pasal aku tersalah tegur orang yang disangka itu adalah dia.tapi orang tu tak ngaku.siap bagitau dimata aku jumpa pelanduk yang kusangka itu dia.

sekarang aku tengah tunggu dia reply msge tu.oh nampak gaya kena gi cc lagi la kalau nak tahu dia balas msge atau tak.aku ada bagi no hp incase kalau dia nak sms/call..setakat ni takde sms @ call..emmm tak sabar nak tahu adakah aku salah orang atau itu memang dia tapi taknak ngaku?kalau betul tak nak ngaku nape pulak dia nak add aku kat fb kan?eh muskil la..

Comments

Unknown said…
kena tunggulah dia reply kan..mesti tak sabor kan
Irfa said…
KAK IZAWANI..
dalam hati saya rasa itu mmg dia tp sgt la pelik kenapa masa hari kejadian dia tak ngaku?tapi tak pe..sabar menunggu..mana tahu sy yg silap :) yela dah belas tahun tak jumpa..mgkin dah berubah kan
Irfa said…
ILA..
mmg tak sabar nak tahu apa nie
sayang kat opis takleh bukak fb.
huhu
rumah kuning said…
tak sabar jugak nak tahu. hehehe
Irfa said…
okey..jawapan dah dapat.katanya 'ko ni mesti rindu sangat kat aku tu psl sampai tersalah tegur orang'..tapi insya Allah kami nak wat reunion dan kalau aku tengok anak-anak dia aku pasti igt samada aku salah org atau tak.emmm..(masih tak puas hati lagi nih)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t