Skip to main content

Abang Dan Adik

Ape macam?rasa bermotivasi tak baca entri sebelum ni?(maaf..w,pun cuma berkongsi emel yang dicopy paste..aku tak mampu nak tulis macam tu).sedikit sebanyak ada kena mengena dengan hidup kita.tak banyak,sikit mesti ada kan..bab kawan-kawan pun sama.carilah kawan yang betul2 boleh di anggap kawan.Alhamdulillah..dalam hidup aku di kelilingi oleh kawan-kawan yang baik dan boleh berkongsi susah senang.

begitu juga KELUARGA..kalau kita rasa banyak keje sampai tak cukup masa untuk anak-anak dan pasangan kita..jangan paksa diri.kalau kita mati,kompeni dalam masa 24jam boleh cari pengganti..tapi kehilangan kita pada keluarga memberi kesan yang bukan sedikit...terutama pada anak-anak.

share kisah abang dan adik :) sebagai selingan.

ABANG..

hari-hari check beg sekolah abang,mesti ada je yang hilang.kalau tak pemadam .. pembaris.selalunya 2 barang tu la yang hilang.pensel sib baik la ada.nak marah pun aku dah penat.buat sakit tekak aku je.dah pesan,lepas guna terus simpan pensel box dalam beg.tapi entahlah..angguk beria-ia tapi tetap jugak sejarah hilang barang tu terjadi.

semalam singgah kedai.terus beli pembaris 9 keping (2 dah masuk dalam beg sekolah pagi dan 1 beg sekolah agama).



dia tak tahu aku beli stok pembaris ni.saja aku sorok kang dia tahu banyak pembaris lagi la suka hati bagi hilang

ADIK..
tiap pagi melalak nak ikut aku gi keje.
tiap petang pulak melalak ajak aku gi taman.adoi..bukan taknak bawak gi taman.kalau aku bawak karang dah 7.15 pun taknak balik..malu setaman bila dukung dia tengah melalak tu bawak balik umah.macam kes dera pulak orang tengok


dan tiap kali bunyi henpon dia berlari tolong ambikkan henpon aku..sambil mulut sebut 'kakak..kakak' .memang aku letak gambar aku dan kakak sebagai wallpaper henpon aku.tiap kali ambik henpon dia tunjuk gambar kakak.kesian,rindu kakak rupanya (sob sob..aku pun sedih sama)

sabar menunggu tarikh 10 Mac kakak akan pulang

Comments

mummY daniSha said…
hehhee..malu kan kalau anak nanges kuat2 ...lebih2 lg kat shopp....semua mata tgk huhu..malu!kdg2 pujuk x jalan...esp bile apa die nak kita x kasik...cthnye mainan ke...
Anonymous said…
bebudak memang biasa r hilang pembaris pemadam..memang kena wat stock tapi tak leh diorang tahu..=)
alololo rindu kakak..sweetnya...
Kakcik Seroja said…
Bila anak2 di sekolah rendah, rasa macam nak kerja kat kilang stationary je! :)
Misz-ella said…
anak KC si aiman dah besar panjang pun sokmo hilang pen. bengang, kan.
MOKCIK AZWA said…
Irfa..anak akak pun hilang pembaris la, pemadam la, pensil warna la..macam2 la hilang ..alahaiii
Aidah said…
Irfa,
maaf akak sempat baca n3 ni saja. Samalah ngan akak masa anak sekolah rendah dulu. Tiap minggu akak jadi tukang supply pemadam dan pembaris utk pakar silapmata yang selalu ghaibkan barang2 sekolah dia. Hahaha.
Ape nie beb? Entri ko bt aku nangis. Aku pun mcm terase2 ape yg ko rs.
Liza Abu Bakar said…
itulahkan kalut kita dgn anak2 tapi merekalah penghibur juga.
Mulan said…
kalo pi giant, saya borong se-dua dozen terus.. pening tiap 2 hari hilang..
Acik Erna said…
bukan adik sorang je yang rindukan kakak kan..
rumah kuning said…
kami tunggu tarikh tu jugak sbb cuti sekolah. hehehe
Arena said…
Salam sis,

Terlebih dahulu, sorry sangat baru baca yang tak sihat. Moga allah beri kesihatan yang baik pada ko. Take care ok. Keduanya, patutla kawan aku ada macam kedai stationary kat rumah. Dia ckp memang dia borong pensel, pembaris, pemadam dekat myden. bila menangis hilang barang baru dia bg sati-satu ek. Kita masa kecik2 dulu cukup sayang barang2 kan.
Arena said…
Sis,

Apsal ko tak letakkan nuffnang punya ad maksimum kat page ko. ko tukar yang are u a dude or a babe tu dan gantikan ads yang ada dekat atas dan in between entry tu. Laju sikit gerak nuffnang ko tu. Tapi kalo memang sebab ko tak nak semak, than by all means la kan.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...