Skip to main content

Fisio Day 4 (15/02/2012)

HARI NI..

buat fisio sesi pagi.malas la pulak dah petang nak drive kesana.walaupun tak jauh mana(15minit drive dalam cuaca panas terik sangatlah merimaskan) dan kebetulan pagi ni bawak Hajar ke klinik dan siap pun cepat (klinik desa lagi cepat dari klinik kesihatan biasa..mungkin tak ramai yang pilih klinik desa).aku tak kisah klinik mana pun..lagipun cuma nak timbang berat dan ukur tinggi je..kalau demam tu lain citer la kan.adik naik satu kilo je dari check up last bulan October tahun lepas.berat sekarang 11 kilo.lebih sikit dari sekampit beras ;).sebenarnya patut datang check up 11 Jan tapi aku terlupa.cuai sangat disitu sib baik bukan kena ambik suntikan.

cik abe hantar terus ke medical centre..aku pesakit yang ke 2.proses macam biasa.aku dah tak rasa sakit sangat macam dulu..cuma masih kena duduk menegak.tak boleh bersandar sangat nanti sakitnya datang berdenyut-denyut.huhu.

fisio dari jam 10.00 pagi sampai 11.00 pagi .. ops,semalam ada tanya sister kat medical centre pasal bengkung yang aku order tu,ingatkan boleh claim ngan kompeni.hehe.rupanya tak boleh..lagipun fisio dah ditanggung melampau la bengkung pun nak free.setiap sesi fisio di caj rm40 (1 jam la lebih kurang).

abis fisio terus balik opis..oh alangkah bestnya kalau lepas fisio terus balik rumah dan berbaring.tapi..masih ada tanggungjawab lain yang menanti maka dengan langkah gemalai aku melangkah masuk opis ;)

Comments

Beb, bengkung tu bape regenye?
Irfa said…
FARA..
staf tu kata offer ni untuk yg buat fisio 6 sesi dgn diorang.dia bagi rm60.kalau rega biasa rm100 lebih kot.aku lom survey kat kedai luar..lgpun aku rasa rm60 tu memadai kot sbb bengkung ni handmade..klinik fisio tu yg jahit sendiri.siap ukur size pinggang kita lagi.boleh pakai bila2 masa cuma tido je xleh pakai

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...