Skip to main content

Laju..Buai Ku Laju..









jom nyanyi sama-sama

laju
buaiku laju
aku nak kawen dengan anak raja.........

sesekali je pegi taman walaupun taman tu betul-betul depan rumah.jarak tak sampai 10 langkah je.TAPI..sangat tak selamat bagi bot-bot kecil(anak2 kecil) sebab budak-budak besar main bola sepak kat situ jugak.dah banyak kejadian patah jari sebab kena bola.tetiba teringat kisah cucu sedara KakErna yang patah dua tangan jatuh kat taman.bila aku tengok si Ika (nama cucu sedara Kak Erna itu)masa kenduri rumah kak erna sabtu lepas,sampai ke malam aku duk teringat si kecil Ika tu.semoga tangannya yang patah itu akan kembali normal.rasanya boleh baik kalau rajin gi fisio.

ni gambar minggu lepas..kalau rajin petang ni nak bawak dia ke taman.tengok keadaan la.sebab sekarang ni asal petang je hujan,asal hujan ke petang ;).kalau tak rajin adik duk rumah je lah teman umie baring-baring depan tv layan citer korea.lagi bagus :)

Comments

Anonymous said…
budak2 mmg suka g taman =)
Deqna said…
alolo.. siap senget2 si adik tu naik buaian..

lah kenapa budak2 main bola sepak kat situ.. sian budak2 tecik takleh nak main....
Irfa said…
Cheqna..
dia masih pelat.baru boleh sebut 2 3 perktaan je.so dia panggil TAMAN sebagai AMAN :)
Mak Su said…
alah comelnya... dia tak tertidur ker kalu dibuai2?

nulis novel kena ada masa lapang utk berfikir... itulah sbbnya maksu kureng berblog. kat opis pulak sibuk as editor... huhuhu

tapi cuba mengarang cerita bohong sikit sikit sikit... insyallah. walaupun bohong, itu adalah latihan.

tengoklah ceritakosong dulu-dulu :)

by de way, ada nak order apa-apa tak? eheheh
Acik Erna said…
adik naik buai jangan laju2 ..bahaya..
Irfa said…
DEQNA..
bab main bola dlm taman ni akak rasa nak tulis surat kat menteri je.sakit ati tau..tak pun akak pindahkan je rumah tu kat tempat lain.kekadang ada rasa nyesal beli rumah depan taman ni

MAKSU..
takde pulak tertido..buai slow je tu.patutlah jarang apdet blog sibuk buat novel rupanya :)nak pesan nanti sy inform ye

KAK ERNA..
ye acik..hajar igt pesan acik tu
fieda said…
budak2 kalau dah ptg mmg time dorang la gi taman..seronok dorang dapat bebas gini..boring gak terperap jer kt umah..
lieynanilaz said…
budak2 kalau main kat taman memanglah seronok...hehe.
aNIe said…
Irfa...dah besar dah sibongsu tu ye... yang bongsu ke? Atau akan ade lagik...hehehe
Mulan said…
tak pernah lepaskan anak pi taman sendiri..
Zareda Norman said…
Anak raja mana tu dik? Hehehe anak raja tu mesti hensem tau.. :-)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...