Skip to main content

Senyuman Di Pagi Jumaat

wah!dari meja aku ni boleh nampak kamu semua senyum je.kenapa?haa..aku tahu kenapa korang senyum lebar hari ni..mesti sebab hari ni last keje dan esok boleh cuti.hehe

ker aku je yang seronok sangat sebab esok dan lusa cuti.oh..tak sabar nak lepak baring-baring kat umah.

tambah lebar senyum aku bila pagi ni aku telah menggodek pc dan telah men download Google Chrome..membolehkan aku view blog secara penuh.aku tak tahu korang paham tak maksud aku.selalu aku buka blog aku ni cuma nampak header,entry yang aku tulis je..link kawan-kawan belah kanan tu pun tak de.

satu lagi..sebelum ni banyak blog kengkawan tak boleh bukak..so kena baca kat google reader je..sekarang(harap-harap berterusan la) aku dah boleh buka semua blog yang aku letak belah kanan tu.oh hepinya..

okey..aku nak komen semua blog kawan-kawan..tunggu ye aku datang ni

Comments

Kakzakie Purvit said…
Kadang-kadang blog pun sakit juga..
Hanis Azla said…
samalah irfa, akak pun seronok bila hari jumaat sbb nak cuti dan rehat2 di hujung minggu.. kdg2 ada masalah juga nak masuk blog kwn2.. ada yg boleh masuk tp tak boleh nk komen.. ada yg langsung tak boleh nak masuk.. mmg rasa tak best betul kan..
Rumah Kuning said…
saya tengah cuti dan tengah bergelumang dgn saribu satu mcm kerja rumah. hehehe
Unknown said…
seronok ya hari Jumaat Irfa...:)

akak dari dulu mmg suka guna google chrome. Paling tak suka guna IE lah, mozilla kadang2..:)
Anonymous said…
cheqna dah cuti dah
hehehehe

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...