Skip to main content

Tolong @ Sila..

memula nak mintak maaf sebab posting aku tajuk Cerita Meja Sebelah sebelum ni.rasa bersalah sebab tak pasal-pasal ajak korang ngumpat dia sedangkan aku tak kenal dia pun.tapi dia pun salah gak,dia cakap kuat dan telinga nipis aku ni cepat je menadah nak mendengar.very de kepochi la ini makcik ;(.walau siapa pun kamu,saya mintak maaf ye encik 'lif naik sendiri'.

sebab nyampah tengok posting duk atas sekali aku post yang ni.apa motif ambik gambar dalam toilet?hehe



jumpa kertas ini ditampal sekeliling tandas (disuatu tempat yang dirahsiakan demi keselamatan awam..hehe).dah macam budak-budak pulak sebab benda macam tu pun nak kena dibagitau.nak melepaskan hajat pun jadi terbantut.

'sila' lebih sopan
'tolong' bunyi cam marah je ;)

dua perkataan yang tidak sama tapi lebih kurang je maknanya

Comments

uncle gedek said…
'tolong' macam merayu je...?
NenetPenne (NP) said…
ditampal untuk orang2 yang tak reti bahasa...

kalau dia tahu tandas tu untuk kegunaan semua, mestilah dia berhemah...

same goes to my office laa...boleh buang sisa makanan dalam tong sampah di bilik air... fikirlah.. mestilah berbau..meloyakan tekak..

pastu kalau kencing, bukan nak jirus keliling lubang tandas tu..bleum lagi yang yak2 terpecik kat sekeliling lubang tandas tu...

ohhh tidak!!!!!

sorrylah u dah buat entry pasal encik lift tu kan... nasiblah dia...ha haha...
Irfa said…
BRO GEDEK..
patutnya tulis 'tolonglah'hehe

NET..
itu bukan toilet opis saya.saya jarang ke sini so dah terdesak masuk jugak la.bila nampak kertas tu tetiba rasa 'eh!pehal ni?banyaknya kertas arahan'terus keluar je lepas snap gambar (blogger biasa la..semua benda nak ambik gambar).psl en lif tu,emm no komen ;)
Unknown said…
setuju SIla lebih sopan kan Irfa...
muslimah rempit said…
Tak juga Irfa...

Kena tengok kawasan.. seperti..

kawasan A panggil Sen

Kawasan B panggil Kupang...

Tapi ni kawasan bandar kan... Kak So pon tak gheti nak menjawab.. mungkin orang yang membuat tu kawasan A? atau mungkin kawasan B...

Ehh paham ker apa kak so nak terangkan???

sekian dari Kak So yang Memang tak ada bakat langsung nak jadi cikgu - asyik failed jer masa memohon hahahha
Anonymous said…
org2 malaysia ni kena guna pendekatan reverse saikologi
jangan larang...tapi suruh like
"sila kotorkan tandas ini kerana kekotoran tandas adalah baik untuk semua"
mummY daniSha said…
biasanye tampal2 camni jumpe kat stesen minyak heheh..sebab dierang x de pencuci tandas,staff yg cuci....hehehe
NenetPenne (NP) said…
notis tu ditampal sebab ada orang yang tak ikut rules laa tu..
kalau tak, gamaknya memang tak ada lah notis tu... :)
Nida said…
Kalau letak kedua2 sekali.. "Tolonglah dan silalah"..:)
Anaasuria said…
last2 mesej patut kena tulis, Peace no war...
emarieys said…
a'ah..ada baiknya perkataan 'sila'

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...