Skip to main content

Repekkan Di Pagi Khamis

Morning Malaysia Ku Yang Tercinta
baru balik dari jumpa enTan
eh!perlukah aku cerita di blog? 
hish..tak paham aku spesis ngok ngek
suka buang tisu dalam mangkuk jamban
tahulah tisu tu boleh hancur
tapi makan masa la oii..
kalau nak buang juga
sila usahakan flush sampai takde kesan
paling tak boleh blah 
hos paip main campak atas lantai
tak nampak ke tempat sangkut hos tu
sib baik tak kes 'kapal selam' tersangkut
kalau tak,konfem tak lalu makan seminggu

Pagi ni,ai is super duper mengantuk
gara2 melayan drama korea sampai jam 2 pagi
baru nak lelap en abe balik keje
so layan berborak itu ini
last aku jeling jam kul 4.00 pagi
2 jam kendian alarm dah bunyi
rasa cam nak campak itu cik rilakkuma
tapi gigih jugak bangun
kejut si abam,gosok baju sekolah dia
buat sarapan simple
hai hai bye bye depan pintu
naik atas,my turn to bersiap
menung kejap depan lemari
skirt hitam,kemeja hitam,shawl biru munge2
senang sebab semua nya tak perlu bergosok

dalam keta ontheway nak gi keje
sempat lelap 30 menet
sedar2 dah sampai depan lobi pejabat
seret kaki masuk opis
jam baru 8.05 menet
sempat cari bantal kecik bawah meja
baru nak lelap kawan sebelah ajak sembang
layankan..
terus hilang mengantuk

jeling lagi jam dah 8.30 pagi
okey..masa untuk bekerja
tapi sempat lagi posting
hahahaha 

Comments

Unknown said…
sebab tu la tandas awam low class..
Unknown said…
hihi, mcm2 Irfa ni, akak tak layan citer Korea, tak pernah nak cuba layan, sbb kalau dah cuba nnti takut tersangkut lama....huhu
~adeQ~ said…
kalau nak ikutkan tidur 24jam pun tak cukup-cukup kan kak...
Saya nak pergi bercuti!!! hahah tetiba meroyan nak bercuti pulak...
Saya malas nak follow drama Korea ke Melayu sekarang...takut dah melekat satu keje takleh buat. Dah le masa amat mencemburuiku. hehehehe

Esok dah Jumaat!!!
Dr K said…
masuk public toilet di Malaysia ialah antara FEAR FACTOR saya..keh keh keh
Acik Erna said…
assalam dik kalau akak tu bertambah pening kepala dibuatnya
Anonymous said…
rutin setia hari ye! hehhe
bangsawan nilai said…
irfa...org x cukup tido mmg kuat merepek...hahaha
Lady Windsor said…
penuh jadual mak macam Irfa ni ya..akak tak pernah merasa gitu. yang ada bila anak2 buah datang, tapau la food untuk depa tapi bukan dalam keadaan terkejar2 gini..esok bila abam dah besar dan belajar jauh-jauh sure irfa akan miss tu...

tak caya tunggula semua dah besar esok..sunyi la rumah tu..
Rumah Kuning said…
tak pening ke lelap kejap2 gitu?
Nora Karim said…
hehehe tersengih2 sendiri baca entry ni... mmg betul la tu statement pasal toilet awam tu...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...