Skip to main content

Astro View Bulan Mac:Ziela Jalil,Erra Fazira,Kak Engku dan Cik Ta

# takde idea nak merepek
lompat-lompat dari blog ke blog
sendiri punya blog tak tahu nak apdet apa
mulut sambil mengunyah ubi ketuk cicah sambal kicap
perghhhhhh pedas gila sambal kicap ni
harap tiada kejadian cherry berry 

okey sesambil itu juga
membelek folder gambar di henpon
cari gambar yang sesuai dibuat cerita
eleh..korang pun penah buat kan?

jumpa gambar dibawah

Astro View Bulan Mac

Ziela Jalil,Raja Azura(Kak Engku),
Erra Fazira dan Rozita Che Wan (Cik Ta)
ini adalah Majalah (er..majalah ke?)
ker nak panggil buku intisari rancangan?
hehe
dah sampai kat peti surat rumah minggu lepas
suka pulak aku dengan cover tu
walaupun jarang tengok rancangan Primadona
sebabnya..pengacara ramai sangat..semua berebut nak bercakap.huhu

dalam mereka berempat aku suka tengok KakEngku
sebab kak Engku ni aku tak pernah tengok dia bermuka masam
selalunya gelak je memanjang
dalam siaran SinarFm dia suka kenakan SY-Saleh Yaakob
ada orang yang luarannya nampak happy
dalaman?
hanya dia yang tahu
harap kak Engku 'happy sokmo'
sekian

Comments

isme_cv said…
cik ta & erra kontrol lawa je..semua berebot nak bercakap..
Rumah Kuning said…
pernah tertengok dlm beberapa minit. suka kak engku je. hehe
ZieMarziah said…
betul.pakat berebut nak cakap & pemenangnya adalah kak engku hehehe
Tapi K.E tu nmpk dominan sket dlm PRIMADONA ni kan? Aku tgk, Ziela Jalil agak low profile...

=)
Kakcik Seroja said…
Lama kakcik tak 'jumpa' Astro View ni... :)
Dr K said…
rugi saya tak apply masa 'buku intisari rancangan Astro' ni dlm promotion...sebab ayah saya apply..sekarang tiap2 bulan dpt free...hahaha
Unknown said…
tak pernah tgk lak rancangan tuh...
Nora Karim said…
ramai sangat... tak sesuai la... patutnya bagi turn ikut segmen barangkali... macam cerita Hello Counselor di 392... 4 orang juga pengacaranya.. tapi nampak tersusun je...
Yunus Badawi said…
Erra suka pakai pakaian tunjuk kaki. Mentang2lah kaki dia panjang ..... huhu
||aLeaSaRa|| said…
slm thari wanita 2013 ^^

sis irfa..sbg wanita..jom support give away seorg wanita (ayt tak boleh blah ni he3)

akk br 'tag' irfa tau.bro remy yg femes tu ajk join.lama kot x join give away smpi td blur nk buat entri camner...

buat tau buat tau blh tmbh ramai kawan2 ngehh ^^

http://born2touchurheart.blogspot.com/2013/03/fd-creatives-giveaway-by-miminadam.html
QasehnyaRania said…
tak pernah tgk :)


jom join segmen, nak? ada hadiah menanti

http://pelengkaprusukiri.blogspot.com/2013/03/segmen-lucky-march.html
Jujubabes said…
pernah tengok ...sekali due je tengok ..sebab macam serabut je, masing nak bercakap ..ke laa best, pandai die kawal keadaan :) ...org byk pengalaman mengacara, cam tu laa kan ...
Tie HT said…
tinggi jugak ziela jalil..ke tumit dia lebih inci :)
Mulan said…
kalo tido rumah adik, kami semua wajib tengok sbb dia tengok.. tak leh miss... rasanya kak engku je yg mantap..
Lady Windsor said…
akak tak subscribe magazine ni.jadi tak dapatla nak tengok cik ta..cuma baca portal murai.com jer...ada citer cik ta nak hemtam sapa kaitkan dia dengan lelaki lain..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...