Skip to main content

Malu Bila Salah Hantar Emel


bayangkan ini aku
inilah yang aku rasa sekarang
MALU KUASA DUA

tengah syok berbalas emel ngan cikviva
#mengomen tentang ujibakat Bintang Mencari Bintang malam tadi

sekali tengah syok berbalas emel
dapat emel pasal kerja dari 'bos besar'
emel tu masuk serentak dengan emel cikviva
so aku tak fikir panjang terus taip dan tekan send

sekali ada emel masuk

'Salah message ni!'

alamak baru perasan tersalah hantar emel
patutnya nak hantar kat cikviva tapi aku terhantar kat 'bos besar'
sib baik tak ngumpat lebih-lebih
takutnya 

korang penah kena macam ni?
apa rasanya?

#teringat je pasal ni..meremang bulu roma aku.huhu

Comments

Acik Erna said…
assalam dik..dulu akak pernah kena..rasanya setahun tak hilang rasa malu tu he he
NenetPenne (NP) said…
belum lagi lah kena tapi tak nak lah kan...

dah boss besar dah tahu apa aktiviti irfa...
ZieMarziah said…
kikiki kalau la si bos tu pun kaki mengomen
so far tak pernah lagi la jad mcm ni hehehe
isme_cv said…
tulah..bergosipan lagi...huhu..
sweetie said…
Buat lagi! kheh..kheh..kheh.. Irfa..Irfa..Irfa... tak do kejo kamu ye... Kalau saya mau esok dtg pakai spek hitam yg paling besar... hehehe..
pB said…
pernah tersalah send sms kepada bos.

dah lah dlm sms tu siap kutuk boss tu ....


ibh_sue said…
Hahaha. .Email x pnh lg. Tp klu sms or chat tu pnh jg. Haish!! Mmg malu kan. Hee
Unknown said…
Assalamualaikum Irfa,
Dulu pernah sekali kena macam ni.
Tapi ntah la.. deliver ke tidak.. sebab SEMUA BOSS BESAR senyap jer.

P/s;
Ke diaorg terima, tapi ignore trus masuk trash jer.. kalau betul.. alhamdulillah.
Unknown said…
Aku tak keshah... sbb boss aku pon slalu buat2 saloh send!! Huh! Hahaha
Nieda Ramly said…
mmglah bila tekan send tak tengok dah sapa...nak sampai je.
Mulan said…
pernah jugak..!!! rasa macam manusia paling dot dot walopon tak tersalah tuju.. tapi sbb tutur susunan bahasa yg lintang pukang tak sesuai kepada yg salah tuju heheheee..
Mak Wardah said…
Minta dijauhkan irfa sebab boss besar akak tu egao sgt...
Lady Windsor said…
hahahahah..sorry saja nak gelak sebab akak pernah terkena, bukan hantar email tapi sms..

sms masuk serentak kan tetiba nak hantar pada kawan, ter send pada someone yg ala-ala orang besar..adehh seb baik dia tak perasan sapa penghantar...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...