Skip to main content

Untukmu...38 Hanya Nombor

~Salam Selasa~

Dulu-dulukan,bila hari istimewa 'yang tersayang' (cinta hati,kawan baik,mak ayah,adik beradik) maka sibuk la mencari kad..kalau bajet lebih beli yang ada music,kalau bajet kureng 'kad biasa yang ada kata2 gambar bunga/bear' kalau rasa nak kreatif buat kad sendiri.hehe

Kendian..datangnya handphone,senang sikit..dah takde kad...sms@mms kata2 dengan gambar kek dan lilin.pastu di ikuti dengan e-card dalam emel.

Sekarang..tak cukup dengan sms,wish kat wall FB,TWITTER,INSTAGRAM bla bla bla.padahal malam tu tepat jam 12malam dah wish siap kiss/hug (cium dan peluk bagi yang halal ye).Bagi yang ada blog haruslah buat entri khas untuk yang tersayang kat blog (orang yang membaca rasa nak muntah tu sila abaikan.hahahaha).

okey..nak jugak ikut arus laman sosial yang berkembang sekarang..aku dengan ingin membuat entri khas untuk 'si dia' sempena besdaynya hari ni 12 March 'sayam..happy besday yang ke 38 tahun.38 itu hanya lah angka.Apa yang paling penting ialah 'pengisian' selama 38 tahun bernafas dimuka bumi Allah ini..moga hidup diberkati Allah selalu'

nak gambar?

.
.
.
.
.
.
.
sensor ni tau..jangan terkejut ye..

.
.
.
.



gila besar kad ni
saja posing dengan kad
tapi tak beli pun

kecik sikit kad ni
tapi tak beli pun
saja posing,.hehe

# love u muah muah


hadiah ?
nanti kita fikirkan sesama ye...

Comments

Anonymous said…
happy birthday..may Allah bless u always =)
Acik Erna said…
happy birthday..betul tu apa ada pada angka..kata orang kan..tapi dengan angka tu..but kita sedar..umur makin meningkat..cukupkan amalan..berapa lama lagi boleh bernafas dimuka bumi ini..itu akak le dik he he
isme_cv said…
hadiahnya percutian ke kota Paris berdua sahaja tanpa anak2..huhu
sweetie said…
Hadiah... ehem! kalau untuk sidia yg halal...opssss! :+
bangsawan nilai said…

bukan kad yg BESAR atau hadiah BESAR, yg penting kita perlu ingat usia yg makin BESAR angkanya.

sampaikan ucapan hepi besday kpd encik abe...!
Ratu Hatiku said…
Romatiknya.... hihihi...
HB ya.. Semoga diberkati Allah selalu. Dan semoga kekal bahagia selalu. Amin
Kakzakie Purvit said…
Selamat ulangtahun kelahiran buat suami Irfa. Betul 38 itu sekadar angka dan dgn itu mengharap moga segala kebaikan akan terus dikecapi..
Nieda Ramly said…
tahniah ! umur meningkat ke angka sekarang.
semoga sihat walafiat dan diberkati.
NenetPenne (NP) said…
sokong statement cik viva...
Rumah Kuning said…
hadiahnya, kita pilih, dia bayar. hehehe
Irfa said…
#Cheqna..
tq,harap tuan puan baca komen ini
hihi

#KakErna..
ye betul..makin banyak umur makin sikit bakinya.peringatan utk diri sendiri juga

#CikViva..
ada yang sudi jaga kekanak ribena ke?takut le tew...

#KakSweetie..
hihi..no komen

#Bangsawan Nilai..
zaman kad dah berlalu.itupun saja bergambar kebetulan lalu tpt jual kad tu//sekarang direct je cakap.dah masuk tahun ke 13 bersama dah paham dah..dia pun lupa besday sendiri..huhu

#RatuHatiku..
romantik?jap baca balik..tang mana yg romantiknya tu ye ;)
tq fr doa

#KakZakie..
terima kasih kak utk doa itu ;)

#Nieda..
alhamdulillah..moga sihat walafiatlah hendaknya,umur meningkat kesihatan semakin kena jaga.

#KakNet..
emm..ada penyokong nampaknya CikViva ni.dia mencadang ada makna tu..sebab nak join 2 kaki.hihi

#Kak Za..
kalau $$ no hal ;)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...