Skip to main content

Cabut Plug Untuk Jimat Bil Letrik

Lemau ibarat biskut masuk angin, gitulah aku hari ni, huhu

Ada kelapangan je melompat dari blog ke blog, akhirnya masuk ke blog KakJee sebab tergoda ngan nasi ayam kukus Nadia (anak dara kakJee), petang2 tengok gambar makanan memang mengujakan. Untung kakJee dapat anak dara rajin, untung juga sapa yang bakal jadi makmentua Nadia nanti adakah Kakjee baca blog aku?

Okey, baca kisah cabut plug untuk jimat letrik tu. Oh! aku tak tahu pun kalau tak cabut plug, kuasa letrik tetap jalan. Ingatkan dah Off tu okeylah.

Tapi bila satu kejadian berlaku pada tv aku beberapa bulan lepas, aku mula berjaga2. TV aku bertukar kaler hijau ala-ala incredible hulk. Hijau biji mataku dibuatnya. Bila ngadu ngan adik lelaki, katanya 'lepas tengok tv, tutup suis tak?' i said 'takde' dia kata 'off la suis tu, nanti arus letrik non stop, lama2 rosaklah tv tu' oh! okey. Lama jugakla siksa mata tengok tv hijau sampailah beli tv baru. Padan muka sendiri tak pasal2 abis duit beli tv.

Sekarang dah rajin sikit, tutup suis lepas tengok tv tapi tv jelah. Yang lain2 macam ekon @ kipas tu tak buat pun. Sekarang kita kena mengamalkan jimat cermat sempena kempen oleh kerajaan, golongan marhaen disarankan berjimat cermat katanya. So peringatan, cabut plug lepas guna barangan letrik.

# apa motif entri ni aku pun dah konpius, huhu



Comments

Unknown said…
Motif untuk peringatan sesama sendiri supaya cabut plug untuk lebih penjimatan eletrik lah kan.

Akak pun baru tahu ni, ingat tutup suis je dah ok...thanks atas perkongsian..:)
nita said…
baru tahu hari ni... nak kena tarik jugaklah lepas ni..
Yunus Badawi said…
Cabut plug ini pun bagus utk mengelakkan barangan elektrik kita dari terkena kejutan petir
Dr K said…
Kalau malas cabut plug pun, at least kita off kan suis kat plug tu..
Mmg akan sentiasa ada electrical current selagi kepala plug masuk kat palam tu...tapi sangat sangat sikit...secara collective rasa rasanya dlm tempoh setahun boleh la jimat puluhan ringgit kot...Ok lah tu kan ;)
IndaMarya said…
betul kut.sebab saya pun dgr on tv3 hari tu, kena cabut plug lepas guna baru current tk jalan.jum try? and tengok berkesan tak.
MOKCIK AZWA said…
Pernah terbaca jugak tentang ini..selalu berleter pada anak2 terutama selepas caj bateri henpon atau laptop..paling sakit hati kalau tengok, hp atau laptop dah cabut tapi suis masih on..adoiii...
Aisyah said…
irfa..bos akak pun peronoh kabo akak pase cabut plug ni..dia buat..akak belum try lg..irfa, mana hajar closet ? ..irfa..nnti malam raye aji..14.10.13 ..kalo ada masa tgk Majalah 3 yak..kot2 ada terselit akak dan anak kat sekolah Fakih utk anak2 OKU..kalo nampak owg pakei baju kurung vietnam yg beli dr irfa tu ..konfem le akak..hee
Unknown said…
kan.. kan.. aku cakap kat husband aku dia tak caya.. hahaha..
t.a.t.a said…
betul. memang kena cabut plug untuk kurang kan elektrik. and also pasal aircond, sebenarnya bila kita on off ia, itu lebih meninggikan bil. kalau setakat nak keluar kejap just tinggi kan aje temperature tu sudah lah. kejap aje tau, bukan lama-lama.
kayyana said…
owh eyh... yana pun selalu off tv pakai remote je... pastu takde tanggal plug ke ape ke... huhu.. kene start buat bile dah tau

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')