Skip to main content

Sayang Siapa?

lunch hour tadi ada tazkirah kat surau
sedikit ilmu untuk di kongsi bersama
(sikit je yang aku ingat, banyak tertelan semut kot, huhu)  

Kalau di tanya siapa paling anda sayang ?
kita mesti akan jawab samada
ibubapa, suami/isteri, anak2 (jawapan standard)

kenapa kita sayang mereka?

sebab kita nampak depan mata
- kita sayang mak ayah sebab mereka membesarkan kita
- kita sayang suami/isteri sebab mereka jaga kita
- kita sayang anak2 ofkos sebab kita lahirkan mereka

tapi kita tak nampak yang lagi penting
kita patut sayang ALLAH lebih dari segala2nya
sebab Allah bagi kita macam-macam

paling dekat contoh ialah 
ALLAH bagi kita mata untuk melihat
(cukup satu contoh, yang lain fikir sendiri)

DAN 

berapa ramai antara kita paham betul2 makna surah AlFatihah dalam solat?
ada yang tahu makna tapi tak mendalami betul2 makna tersebut


# renung2kan dan selamat beramal
(pinjam ayat glemer Prof Izzi )



Comments

ZieMarziah said…
nak senang ingat makna fatihah, dengar lagu voice of ummi..lepas dengar lagu tu memang confirm takkan lupa makna fatihah ni:)
Kakzakie Purvit said…
Kakak pernah terkena batang hidung tau dik. Masa tu ceramah Dr. Rubiah K Hamzah. Dia tanya jujur kakak kata suami/mak/ayah sekali termalu.... langsung tak terfikir masa tu..
Dr K said…
kalau fahami maksud...tafsiran Surah Al Fatihah tu,Insya Allah, masa solat pun kita boleh menangis...Dan mata yg tak disentuh api neraka ialah mata yg menangis kerana takutkan Allah...:)
Jari Manis said…
Yerr..JM suka entry yang penuh berilmu ni...betul tu apabila kita melebihkan Allah dari segala-galanya..sentiasa ingat dan syg padanya..segala usaha dan perbuatan kita akan jadi mudah..in sha Allah
Mummy Sher said…
salam.

lama tak singgah sini. perkongsian yang sangat berguna untuk diri saya juga..
Anonymous said…
Oh...malu sekejap....rasanyz sy pun gitu juga klau orng tnya...walhal Dia yg lbih utama...
Thx atas peringatan....
Irfa said…
ZIE..
oh ye? jap saya nak gi dengar
mgkin penah dengar tapi tak perasan
Irfa said…
KAK ZAKIE..
hampir semua menjawab yg sama dlm surau tadi
kalau ada yg jawab pun mgkin dlm hati tp mulut jawab lain ;)
sweetie said…
Pada saya sayang dan cintakan Allah tu tersendiri... ia terletak dlm/pada sisi yg lain... maaf agak sukar untuk diterangkan. Saya akan tetap kata "SIAPA" paling saya sayang... jawapannya tetap family saya.

Cinta dan sayang saya pada Allah dan Rasulullah saya letak dan simpan kemas-kemas dalam lubuk hati saya...dan akan tetap mekar sepanjang hayat saya. InsyaAllah!
Irfa said…
DZ..
ye betul
paham maknanya betul2 mcm surah Al Waqiah tu konfem menangis
kerana takutnya datang hari kiamat
kita di dunia ni cuma singgah sebentar
ada alam lain yng menanti yg lebih abadi

Irfa said…
JM..
share sikit2 tanda kasih sayang sesama manusia
ilmu takkan habis wpun di kongsi ;)
Irfa said…
SHERWIEYNA..
tq sudi singgah lagi ;)
ingat mengingatkan sesama kita
Irfa said…
ASYIFA..
sama2 ;)
kita manusia biasa yg sering alpa
Irfa said…
SIS SWEETIE..
betul,setuju sangat2
ada kategori tersendiri ;)
sebab tu masa di tanya semua jawab FAMILY

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...