Skip to main content

Pitam ke Pisang?


anak-anak aku sangat suka ngan buah bernama P.I.S.A.N.G

memang sesuai sangat la atoknya menanam pisang kat belakang rumah kami tu..dari 2 batang pokok yang dibawa dari kampung tapi penyudah hanya sepokok yang hidup.tak disangka sepokok itu menghasilkan berpokok-pokok dan banyak kali juga kami makan hasilnya.



'nak tu,nak tu..nak tu'..




miss her so much :(



'nak pitam..mie,nak pitam'..

pisang jadi pitam ker..alahai

Comments

Biarlah rahsia said…
Rajin bertani murah rezeki selalu

cute comel je anak2 irfa...semangat nk bertani...tp masa non-ada...sampai rumah dah 6 lebih kejar nak masak je selalu...pokok2 yg ada keliling rumah semua mak yg dtg tanam...kecuali pokok bunga je sendiri tanam.
Yellow said…
anak aku jua!! penggemar pisang sejagat...
suri solehah said…
hehe,,berapa tahun tu,,anak akak yg 2 thn tu banyk huruf yg dia tukar jd K
Aidah said…
Adeh, pitam achik ida gelak mendengar nasib pisang jadi pitam. Kahkahkah.
Irfa said…
KAK BIE..
pokok pisang tu ayah saya tanam..
saya cuma tolong jaga je..yg mampu tanam cuma sayur dalam pasu je pun..boleh la takat nak buat teman nasi goreng tu takla dia kosong sgt :)
Irfa said…
YELLOW..
kalau gitu jomlah bertanam pisang
hehe
lieynanilaz said…
takpe kecik lagi...bila besar tau dah itu pisang...ekeke..
Anaasuria said…
haha.. anak2 saya pun suka makan pisang. tapi saya selalu gi beli je.. tak tertanam lakk.. malehh..
Irfa said…
SURI SOLEHAH..
selamat berkenalan..mekasih sudi singgah sini..yang sebut 'pitam' tu semalam genap 2 tahun ;)memula dengar cam pelik apa yang dia sebut.bila dia tunjuk 'ohh..nak pisnag rupanya'..kelakar sgt
Irfa said…
KAK AIDAH..
sib baik umie yang tak pitam ;)
hahahahahahahah!

pitam eh? mcm pisang hitam je! hahahaha!
Zareda Norman said…
lately suke beno beli pisang rastali kat pasar tani.. murah dan bebas racun.. hehhee
Cik Sibuk said…
comelnyeee..nak pitam, nak pitam..heheeee
Rumah Kuning said…
ingatkan nak pitam sebab harga pisang mahal.
Irfa said…
FARA..
pisang + hitam= pitam..
ye tak ye gak kan

KAK ZAR..
tak kenal sgt nama pisang kecuali pisang emas..pisang tanduk dan pisang montel..yang wangi tu pisang montel la kan?

CIK SIBUK..
eh jangan pitam?ada orang kat sebelah tak?kalau ada takpe..baru leh pitam

RUMAH KUNING..
mahal pisang sekarang ni..takde benda yang murah la senang citer
hehe
aNIe said…
Hehehe...pitam pun pitam lah...
Irfa said…
KAK ANIE..
;) dia lah penghibur dalam rumah kami sebab dia paling kecik semua yg dia buat jadi perhatian
Mak Piah said…
nak pitammmmmm...nak pitammm..lol.

x

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...